Thursday, February 2, 2012

rutin

Sejak tukar ke menara yang letaknya di belakang klcc ni, rutin harian pun bertukar sikit.
Sebelum ni drive 7.30 pg ke bukit damansara. Parking di pusat bandar damansara. Jalan kaki terkedek-kedek ke opis.
Skarang drive ke lrt kelana jaya 6.30 pagi. Sebab parking sini cepat penuh. Itupun dah kena park jauh. Wonder pukul berapa yang park depan muka lrt tu datang. Skarang subuh lambat kul 6.15 jadi solat pun dah siap make up.. Huu.. Azan terus solat. Have to. Naik lrt pagi2 seronok sebab orang tak ramai. Walau ramai muka yang macam tak mandi. Haha... Tengok kl dari gelap sampai mentari terbit. Smpai klcc kul 7.30. Kemudian jalan tkedek kedek ke opis. About 7.45 sampai opis. Orang tak ada lago. Buat keje awal awal.
Kul 6 balik. Walau bos's policy balik lambat means you are good. Tapi, NO. keje sentiasa ada. Datang awal siapkan keje. Makan di meja sambil hadap keje. Submit what have to submit. Balik kul 6. Thats efficient. Unless ada urgency ad hoc task, i'll stay till the end.
Sampai kj pun dah kul 6.45. Sampai umah aroud azan magrib.
Good. Klau drive, kul 7 belum tentu keluar dr jalan pinang depan opis. Dah isyak br sampai umah.
Hopefully bakal suami saya okey macam ni. Nanti sempatlah masak. Ceh, berangan!
Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin