Saturday, December 31, 2011

Good Bye 2011

2011 dah nak melabuhkan tirai.
Alhamdulillah,
Sungguh blessed tahun ni. Masam manis, pahit duka dan suka semua ada.
Tahun ni kebanyakkan WISHLIST tercapai.
Dapat bawak family berjalan lagi, kali ni ke Cherating, dan Langkawi. Seronok dan happening. Puas hati semua orang.
Saya dah menjadi tunangang orang! Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan kami.
Saya dah dapat menjejak kami dan melancong ke KOREA!
Urusan kerjaya pun agak meyinar, walau di akhir tahun baru Nampak sinar mentarinya. Namun, terima kasih Ya Allah.
Oh ya, family member dah bertambah lagi seorang dengan kehadiran suami Ain. Oh, dah ada adik ipar i..
Lain-lain kisah duka, malas nak mengimbau. Kisah duka tu, memang sakit, tapi Allah memberi hikmah yang tak terhingga dan juga pengajaran buat diri sendiri.
Jujurnya, awal tahun baru juga banyak berita saya nantikan untuk buat pengumuman. Ceh, budget Lisa dan Yusry je. Hahaha. Moga Allah permudahkan urusan saya dan semuanyanya. Amin.
Semoga tahun 2012 lebih menyinar. 2012, tahun yang akan lebih sibuk buat saya.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin