Saturday, December 31, 2011

Good Bye 2011

2011 dah nak melabuhkan tirai.
Alhamdulillah,
Sungguh blessed tahun ni. Masam manis, pahit duka dan suka semua ada.
Tahun ni kebanyakkan WISHLIST tercapai.
Dapat bawak family berjalan lagi, kali ni ke Cherating, dan Langkawi. Seronok dan happening. Puas hati semua orang.
Saya dah menjadi tunangang orang! Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan kami.
Saya dah dapat menjejak kami dan melancong ke KOREA!
Urusan kerjaya pun agak meyinar, walau di akhir tahun baru Nampak sinar mentarinya. Namun, terima kasih Ya Allah.
Oh ya, family member dah bertambah lagi seorang dengan kehadiran suami Ain. Oh, dah ada adik ipar i..
Lain-lain kisah duka, malas nak mengimbau. Kisah duka tu, memang sakit, tapi Allah memberi hikmah yang tak terhingga dan juga pengajaran buat diri sendiri.
Jujurnya, awal tahun baru juga banyak berita saya nantikan untuk buat pengumuman. Ceh, budget Lisa dan Yusry je. Hahaha. Moga Allah permudahkan urusan saya dan semuanyanya. Amin.
Semoga tahun 2012 lebih menyinar. 2012, tahun yang akan lebih sibuk buat saya.

Friday, December 30, 2011

BAIK MATI

Captured from INTREND, JAN 2012.. KEJAM TAPI BENAR. huhu
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, December 27, 2011

pastikan segalanya Islamic

Eh tajuk. Mengancam.
Hari ni ada terbaca status budak pasal beli kereta baru. Teringat awal-awal bekerja. Setahun kemudian baru beli kereta. Alhamdulillah rezeki Allah bagi.
Masa kawan nak uruskan hal pembelian kereta, dia tanya nak pakai loan apa. Saya bagitau nak islamic bank. Tak kesah bank apa. Yang penting islamic. If possible tak nak RHB sebab nak bayar susah- bases on pengalaman kawan.
Okey. Saya bayangkan maybank islamic. Tapi dapat EON CAP islamic. Skang dah tukar ke Hong Leong Islamic. Aduhai. Takut jugak susah nak deal. Tapi amazingly boleg buat internet banking dr bank islam. Mudah. Bayar pada hari gaji. Saya pernah bayar lambat, terus check ada kena denda tak. Tengok clause contract, tak ada fine untuk late payment. Alhamdulillah. Bukanlah nak melambatkan payment. Tapi kalau IBG takes 3 days untuk clear kat bank. Kadang-kadang hari payment tu kita super duper busy. Tu yang terlambat.
Apa best pakai Islamic? Lahiriah; tak da charge kalau lambat. Tapi check bank masing-masing punya contract untuk clear ok.
Tak berapa nak lahiriah, tapi logik akal- alhamdulillah, kereta saya tak menyusahkan. Setakat tayar pancit sebab bawak semberono, biasala kan. Saya biasa dengar kereta saga orang lain baru beli.dah leak minyak, pedal problem. Tapi saga saya, yang sama batch je, tak ada problem macam tu. Bateri pun belum tukar sepanjang 3 thn setengah pakai ni. Sungguh bersykur.
Saya rasa same gies to home financing... Kalau islamic, insya allah dipelihara dari anasir jahat. Tapi umah sewa saya tu? Hermm... Guna loan conventional ye? Eh, tak berani den nak tannya MIL. huhu...
Oh tambahan. Kita pun kenalah ISLAMIC jugak. Kan? Ayuh bentuk keperibadian muslim.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, December 19, 2011

Team Building 2011



This is our new team. Blessed..











with our new boss, with new direction




complete Officer's team.old and new. expert and fresh.

with Fahmi's head ready to 'go'.. hak hak


























Fahmi, new adik in da house. our ustaz. our loyar buruk.

rose among the thorns, kata boss.



during the task, "take funny pose with foreign visitor". padahal, penang mari, kami kata Jepun. hehe.

Alhamdulillah, 2011, new direction untuk department kami. dengan team baru; happening and fresh. dengan Division baru; clear and heavy workload. jadi Team Building untuk build our relationship. seronok dapat jumpa orang yang duk kita email hari-hari, tapi tak pernah kenal. seronok dapat semeja dengan our COO Datin. sharing idea. whatever it is, looking forward for better in 2012. amin.

Sunday, December 4, 2011

Polis yang tutttttttttttt

second december 2012.

another tragedy. adoii. kali ni lagi extreme, sebab berdepan sendiri.

citer pendeknya, umah kena pecah pada pukul 3.30 pagi. alhamdulillah, Allah selamatkan kami. kunci kereta yang di curi guna galah masuk umah ( so cerative, ok) membunyikan alarm membuatkan housemate saya sedar. dia turun dapatkan saya sebab sliding door dah terbukak, tapi gril terkunci rapat. saya dengar ada bunyi kunci kat luar. terus ambik kayu dan ketuk dinding dan sergah. peromka lari naik motor 2 lejang. meninggalkan kasut kat luar pagar sebab dia panjat tembok pagar yang tinggi tu. dan juga galah oanjang yang siap ada pencangkuk.

sepatutnya ada sarjan yang datang untuk buat siasatan pada paginya. tapi tak datang-datang. bila saya call, ni conersation kami:


Sarjan: saya tak dimaklumkan pun. saya berada di Subang impian dari pukul 2.30 pagi tapi tak dimaklumkan apa-apa. kenapa saya tak dimaklumkan.

(bodoh tak dia tanya saya balik macam saya ni pegawai polis kat balai)


-saya ceritakan apa yang hilang, kunci rumah dan kunci kereta. bla. bla.

sarjan: oh, bukan pecah rumah ni. cubaan pecah rumah sahaja. tak perlu buka siasatan, hanya kena buat langah preventation sahaja awak kenal orang sebelah rumah? (iye, saya kenal, rumah dorang ternganga ada 2 moto 125zr, tak kena pecah pun). awak pasangalah alarm ke, cctv ke, bukak lampu depan rumah awak. oh, rumah sewa ye. alah, awak keluar je dari rumah tu (awak nak saya duk umah sapae, rumah awak ke sarjan?).


-saya bagitaulah rumah ni dah 3 kali kena dalam 5 tahun. takkan dia tak datang untuk ambik bahan bukti.

sarjan: alah, memanglah 3 kali. habis tu awak nak saya buat apa? letak polis seorang jaga rumah awak setiap masa? (what the helllllll)


-saya bagitau juga pasal kasut dan galah yang saya jumpa.

sarjan: habis tu, awak ingat dengan kasut tu, saya kena buat check DNA ke untuk cari penjenayah tu? (memang gila bodoh punya sarjan).


sampai tahap ni memang dah takat didih. tapi nak marah macam mana dia polis. last2 air ata saya mengalir dalam phone. memang celaka punya polis.


tunang saya memang tak puas hati. buat report pasal sarjan tu kat IPD shah alam. report atas layanan kurang ajar nya. dan juga ketidak mampuan buat kerja.

huh, bila cakap dengan tunang saya, baik pulak. takut pulak. dan-dan nak setel luar. saya geram sangat sebab dengan orang lelaki boleh cakap elok. mentang-mentanglah saya perempuan duk umah sewa kena pecah, boleh dia perlekehkan saya. kalau lah anak perempuan dia sendiri kena, mahu cari sampai lubang cacing agaknya. huh.

Thursday, December 1, 2011

December

Hujung tahun. Disember sudah menjelmakan diri.
Belum terlambat rasanya untuk ucapkan selamat tahun baru Islam.. Semoga dirahmati dn diberkati sentiasa. Amin.
Published with Blogger-droid v1.7.4
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin