Monday, November 14, 2011

Maturity



Bila-bila manusia lain meminta anda menjadi matang, apa reaksi anda?



Persepktif matang berbeza mengikut template hidup masing-masing.



Apa maksud matang sebenar?



Matang dari segi perwatakan. Means kena sopan, tak boleh hu ha hu ha macam budak-budak umur 13 tahun? Begitukah? Well, pendapat oran berlainan. Sopan ada tempatnya. Bila diberi peluang untuk bersuka ria, let it go. Setiap dari kita ada sikap childish, tunggu masa untuk dikeluarkan.



Mungkin diam adalah tanda matang. Atau diam sebab tak tahu nak bereaksi dan memberi pendapat? Diam tu memberi berbagai makna. Diam tu memberi berbagai tafsiran. Diam tanda protes tak bersetuju atau diam mengiakan sahaja.



Atau matang dari segi kewangan. Erm, boleh juga sebut kestabilan kewangan. Matang dalam menguruskan kewangan sampai taklah hutang membukit atau sampai kad habis limit. Hutang itu biasa dalam kehidupan. Tapi cara kita mengendalikan nya dipanggil matang dari segi kewangan.



Matang dari segi emosi. Berupaya mengawal emosi walau apa jua yang berlaku. Ada masa, emosi kita pecah juga kalau terganggu gugat dengan berbagai anasir jahat. Tapi, itulah yang mematangkan emosi kita. Lain kali bila berdepan lagi, jadi bolehlah berlagak kool walhal dalam hati nak hempuk-hempuk je kan.



Matang dari segi berpakaian. Eh, dah umur dekat 30 kan, berpakaian haruslah sesuai. Takkan perempuan Islam umur 55 tahun pun nak pakai legging kot, tak seswai.



Matang dari segi entertainment. Umur 27 tahun, masih nak suka Kpop? Eh, sesetengah orang mungkin cakap, tak matangnya suka kpop. Budak-budak sungguh. Takkan umur 27 tahun kena dengar Jamal Abdillah kan untuk menunjukkan betapa ‘matangnya’ kita?





Sebab umur dah 27 tahun kan, jadi kenalah jadi matang. Tapi saya nak jadi matang yang fun dan adaptable, bukan matang yang moody, yang bila bagi pendapat, hancur tak boleh pakai. -_-



No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin