Tuesday, October 4, 2011

Seru

Bukan senang nak keluar dari Islamic Bank yang solid macam Bank Islam. orang yang 'menyintai' islamic banking pasti sedar benda ni. bukan mudah untuk melangkah ke islamic bank yang mixed dengan conventional. yang asasnya conventional.

saya, kalau boleh sehabis mungkin mahu di sini. terlalu sayang kot. banyak sangat mengajar saya. dari segi ilmu pekerjaan dan dunia akhirat.

andai diberi peluang keluar dan menimba ilmu baru dari Islamic Bank antarabangsa itu, saya akan cuba menyebarkan syiar Islam yang saya pelajari di Bank Islam.

masih jauh perjalanan. tapi saya percaya, rezeki dari Allah. kita cuma mampu berusaha dan bertawakal, yang lain Allah uruskan.

kalau dapat, rezeki mahu mendirikan masjid. kalau tak dapat, teruskan perjuangan di Bank Islam. Allah maha mengetahui di mana terbaiknya saya berada.

ayat normal kawan saya bila saya buat interview dengan teruknya ' alah, awak bukan desperate pun'. betul juga tu.

bila dapat panggilan untuk company yang kita tak pernah minta; entah mana dia dapat resume kita, apa perasaan ek? tak berapa teruja la walau nama besar pun.. isk.


walau apa pun, jangan lupa minta permission untuk jadikan orang as reference...

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin