Tuesday, September 20, 2011

Tweet!

I don’t Tweet so much. Tapi sangat suka baca Tweet artis. Hehe. Saja nak tahu apa yang artis bualkan sesame diorang. Apa balasan mereka kalau kita Tweet diorang.


Saya suka sangat tengok Tweet Siti Nurhaliza. So sweet. Siti tak la rajin balas semua tweet. Paham dia sibuk. Cuma wonder, ada juga orang yang benci Siti follow dia. dan terus tweet straight condemn Siti. Sedih! Tapi Siti memang cool gila jawab Tweet condemn tu. Bravo, Siti!



Tweet yang lain, macam manusia normal lain. Hehe. Lagi satu suka Tweet dari Imam Muda Asyraf . Memang menjadi tumpuan orang bertanya soalan. Jawapan memang padat dan berinformasi. Dan tidak menyinggung mana-mana pihak.


Contoh Tweet dari orang untuk Imam Muda Asyraf : Awat tak suka Man U? Sebab ada lambang cross ka?


Reply dari Imam Muda Asyraf: bukan tak suka, Cuma kurang sayang.



Suka jawapan berhemahnya.


Banyak soalan-soalan yang kita boleh kira, apa ke jadah ko nak tanya soklan tu? tapi Imam Muda Asyraf mampu jawab dengan baik. Pasal, boleh ke nak bayarkan ZAkat Fitrah untuk awek. Jawab IMA, boleh, tapi tetap tak sah. Respect cara jawab IMA.



Selain artis Malaysia, saya juga follow Rain Bi, Donghae (Super Junior), Heechul (Super Junior) yang dah pergi military service. Sob sob. Dan Soshified, club untuk SNSD. Saya kan kipas-susah-mati SNSD. Hehe. Mostly they tweet in Korean, so saya bersungguh copy to Google translate sebab nak tau apa dorang tweet, gigih betul. Haha.


Tengah menggodek macam mana nak restricted kan Tweeter saya ni.. ngeh

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin