Friday, September 16, 2011

Selamat Hari Malaysia

Sungguh la hari tu terlupa nak buat post pasal Hari Merdeka yang ke 54. Nasib masih ada Hari Malaysia.


16 September, tarikh semua negeri di dalam Malaysia sekarang digabungkan. Alhamdulillah kekal sampai sekarang. Aman je yang tak kekal. Bermacam propaganda dan reformasi nak dibuat. Aduih.


Cukuplah. Bagi keadaan ekonomi stabil sikit boleh? keadaan tak stabil ni, bikin investor cuak nak invest tau.


Walau PAS atau Mat Sabu benci sangat dengan UMNO dan BN sekarang, janganlah sampai sejarah dilupakan. Janganlah ditukar-tukar cerita ikut kefahaman sendiri. Hargailah kemerdekaan yang kita ada sekarang. Bukan senang untuk lepas dari Jepun dan Amerika.


Bukan senang mentadbir Negara yang punyai berbagai agama, bangsa dan adat resam. Kalau Jepun yang ada satu bangsa je pun, Perdana Menteri boleh bunuh diri, bayangkan beratnya beban PM kita.


Mahu duduk aman di Malaysia, semuanya bermula dengan attitude kita. Tepuk dada tanya selera.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin