Thursday, September 15, 2011

Perihal Puasa Enam

Bulan Syawal sudah hampir melabuhkan tirai. Sedar tak sedar je dah nak habis Syawal. Sedar tak sedar juga, puasa enam belum buat.


Mudah bagi lelaki sebab tak perlu tangguh macam orang perempuan. -_-.


Saya belum start puasa enam sebenarnya, Cuma baru cuba mengganti puasa wajib. Andai tidak sempat habis puasa ganti, harapnya puasa ganti saya yang kalau cukup enam hari tu, diterima juga sebagai puasa enam.


Dalam hal ni ada bermacam pendapat. Mahu puasa enam dulu atau puasa ganti dulu, kemudian baru puasa enam?


Sejak saya zaman sekolah, saya berpegang pada buat yang wajib dulu. Jadi saya berpegang pada buat ganti dulu. Kalau sempat puasa enam, buatlah, kalau tak sempat, mohonlah agar puasa ganti tu dapat pahala yang sama dengan puasa enam.


Tapi bila dah bekerja ni, bermacam pula pendapat yang lain. Ada yang kata, buat la puasa enam dulu sebab Syawal hanya sebulan, puasa ganti boleh dibuat selepas bulan Syawal.


Persoalan saya, sempat ke kita hidup sehingga habis Syawal? Maut tu kan yang paling hampir. kalau tiada yang tahu kita masih berhutang puasa, dan tidak ada orang yang membayarnya, sampai bila pun kita berhutang. Sedihnya..


Puasa enam hanyalah puasa sunat. Apa-apa yang wajib haruslah diutamakan.


Tepuk dada tanya selera J.



p/s: Ops, ada yang terasa ke dengan apa yang ditulis kali ni? penatlah nak menjaga hati semua orang, walhal tak ada kena mengena pun. Cuma terkena batang hidung sendiri.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin