Thursday, September 29, 2011

sawang lagi~

huh. dah bersawang semula.
banyak kot benda nak cerita. tapi penat.
too many things happend.
too many things to think and muhasabah.
risau ter salah tulis, orang terasa.
tersalah cerita, orang sangka diri dia.
takkan setiap cerita, kena letak, maaf, ini bukan cerita pasal kamu, kamu atau kamu.
sebab tak tahu pun itu cerita pasal kamu. huh.
jadi...
rilex kejap. kang cerita pasal keje kawin, orang muntah pula.
cerita pasal hal duniawi, ilmiah sangat pula.
jadi, rest kejap.
gather strength.

Tuesday, September 27, 2011

ukur ikhlas di badan sendiri

Tertanya bagaimana kita manusia yang serba kurang mengetahui ni mengukur ikhlas hati manusia.
Berbelas tahun berkawan seselimut sekatil, masih diragui kah ikhlas nya?
Kalau tak ikhlas, apa balasan yang boleh diharapkan? Kereta merc sebiji? Atau rumah banglo sebuah? Sebiji burger rm2.50 pun tak pernah harap.
Andai ucapan terima kasih pun tak boleh nak bagi, manusia jenis apa yang tak reti menghargai orang?
Orang tak hargai kau, gembira ke?
Ukur ikhlas di badan sendiri.
Bila tiada siapa, mencari untuk berkawan.
Bila sudah kumpul semuanya, tak bertangguh untuk lari.. Baguslah.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, September 25, 2011

Alhamdulillah



Alhamdulillah. lama blog bersawang sebab dok meng godek n meng update blog jiwang. huhu.


well, i'm half officially belongs to him. half je ok. tapi sudah tak available. nanti kena bayar double. haha. doakan kami. amin.

Tuesday, September 20, 2011

Tweet!

I don’t Tweet so much. Tapi sangat suka baca Tweet artis. Hehe. Saja nak tahu apa yang artis bualkan sesame diorang. Apa balasan mereka kalau kita Tweet diorang.


Saya suka sangat tengok Tweet Siti Nurhaliza. So sweet. Siti tak la rajin balas semua tweet. Paham dia sibuk. Cuma wonder, ada juga orang yang benci Siti follow dia. dan terus tweet straight condemn Siti. Sedih! Tapi Siti memang cool gila jawab Tweet condemn tu. Bravo, Siti!



Tweet yang lain, macam manusia normal lain. Hehe. Lagi satu suka Tweet dari Imam Muda Asyraf . Memang menjadi tumpuan orang bertanya soalan. Jawapan memang padat dan berinformasi. Dan tidak menyinggung mana-mana pihak.


Contoh Tweet dari orang untuk Imam Muda Asyraf : Awat tak suka Man U? Sebab ada lambang cross ka?


Reply dari Imam Muda Asyraf: bukan tak suka, Cuma kurang sayang.



Suka jawapan berhemahnya.


Banyak soalan-soalan yang kita boleh kira, apa ke jadah ko nak tanya soklan tu? tapi Imam Muda Asyraf mampu jawab dengan baik. Pasal, boleh ke nak bayarkan ZAkat Fitrah untuk awek. Jawab IMA, boleh, tapi tetap tak sah. Respect cara jawab IMA.



Selain artis Malaysia, saya juga follow Rain Bi, Donghae (Super Junior), Heechul (Super Junior) yang dah pergi military service. Sob sob. Dan Soshified, club untuk SNSD. Saya kan kipas-susah-mati SNSD. Hehe. Mostly they tweet in Korean, so saya bersungguh copy to Google translate sebab nak tau apa dorang tweet, gigih betul. Haha.


Tengah menggodek macam mana nak restricted kan Tweeter saya ni.. ngeh

Friday, September 16, 2011

Selamat Hari Malaysia

Sungguh la hari tu terlupa nak buat post pasal Hari Merdeka yang ke 54. Nasib masih ada Hari Malaysia.


16 September, tarikh semua negeri di dalam Malaysia sekarang digabungkan. Alhamdulillah kekal sampai sekarang. Aman je yang tak kekal. Bermacam propaganda dan reformasi nak dibuat. Aduih.


Cukuplah. Bagi keadaan ekonomi stabil sikit boleh? keadaan tak stabil ni, bikin investor cuak nak invest tau.


Walau PAS atau Mat Sabu benci sangat dengan UMNO dan BN sekarang, janganlah sampai sejarah dilupakan. Janganlah ditukar-tukar cerita ikut kefahaman sendiri. Hargailah kemerdekaan yang kita ada sekarang. Bukan senang untuk lepas dari Jepun dan Amerika.


Bukan senang mentadbir Negara yang punyai berbagai agama, bangsa dan adat resam. Kalau Jepun yang ada satu bangsa je pun, Perdana Menteri boleh bunuh diri, bayangkan beratnya beban PM kita.


Mahu duduk aman di Malaysia, semuanya bermula dengan attitude kita. Tepuk dada tanya selera.

Thursday, September 15, 2011

Perihal Puasa Enam

Bulan Syawal sudah hampir melabuhkan tirai. Sedar tak sedar je dah nak habis Syawal. Sedar tak sedar juga, puasa enam belum buat.


Mudah bagi lelaki sebab tak perlu tangguh macam orang perempuan. -_-.


Saya belum start puasa enam sebenarnya, Cuma baru cuba mengganti puasa wajib. Andai tidak sempat habis puasa ganti, harapnya puasa ganti saya yang kalau cukup enam hari tu, diterima juga sebagai puasa enam.


Dalam hal ni ada bermacam pendapat. Mahu puasa enam dulu atau puasa ganti dulu, kemudian baru puasa enam?


Sejak saya zaman sekolah, saya berpegang pada buat yang wajib dulu. Jadi saya berpegang pada buat ganti dulu. Kalau sempat puasa enam, buatlah, kalau tak sempat, mohonlah agar puasa ganti tu dapat pahala yang sama dengan puasa enam.


Tapi bila dah bekerja ni, bermacam pula pendapat yang lain. Ada yang kata, buat la puasa enam dulu sebab Syawal hanya sebulan, puasa ganti boleh dibuat selepas bulan Syawal.


Persoalan saya, sempat ke kita hidup sehingga habis Syawal? Maut tu kan yang paling hampir. kalau tiada yang tahu kita masih berhutang puasa, dan tidak ada orang yang membayarnya, sampai bila pun kita berhutang. Sedihnya..


Puasa enam hanyalah puasa sunat. Apa-apa yang wajib haruslah diutamakan.


Tepuk dada tanya selera J.



p/s: Ops, ada yang terasa ke dengan apa yang ditulis kali ni? penatlah nak menjaga hati semua orang, walhal tak ada kena mengena pun. Cuma terkena batang hidung sendiri.

Tuesday, September 13, 2011

Etude House: BB Cream Sheer Glowing Skin

mari review Etude House lagi.

oh, i like BB Cream so much. ini kes too much Korean drama la. but then, realize BB cream is cool. haha. masa pergi Korea, sempat grab Etude House BB Cream, yang latest punya. Sheer Glowing Skin.


its just so into me. another product should be in the Hantaran. haha. no more SK 2 ok. its smooth and glow my face. flawless. huhu.

Sunday, September 11, 2011

Etude House : Magic Enzyme Pack Peeling

i'm not sure about have i post about Etude House?

i dont care. still wanna post it, even might post it before. hahaha.

Etude House. falling in love masa kat Korea.

i love most the Magic Enzyme Pack Peeling.




beli masa kat Korea hari tu. biasa jumpa peeling untuk body je kan. sebab ph muka berlainan so, sangat susah kot nak jumpa peeling unutk muka. terasa scrub sangat harsh untuk muka walau St. Ives adalah yang sangat terbaik scrubnya. bila promoter yang sangat cun dan baik hati membuat demo kat kami walau dorang tak berapa nak fasih English, sangat teruja dengan hasilnya. nampak sangat tangan masa tu berdaki banyak sebab pantas gila peeling nya. haha.


apa bezanya bila pakai peeling ni? serious, peeling ni tak harsh. just macam pelembap, dan perlahan-lahan gosok kat muka. semua daki akan keluar sendiri bersama peeling tadi. dan basuh muka dengan air suam. muka akan lebih lembap, lembut dan berseri. serius ni. muka yang kusam akan jadi berseri. dan lebih pinkish. muka saya sensitif dengan kosmetik yang harsh, cepat je naik merah-merah. tapi peeling ni memang gentle. :)


saya guna dalam 2 kali seminggu. sayang woo. tak tahu lah kat Outlet Malaysia ada ke tak. sebab dari pengetahuan masa kat kat Korea, barang Korea takes about 6 months before export to other country. tak pernah jenguk Etude Hose Malaysia. harap-harap ada nanti. nak buat hantaran kahwin pakai barangan Etude. affordable dan confirm pakai.


ada satu produk lagi yang saya sangat fall in love. nanti ada masa review lagi ye.

Tuesday, September 6, 2011

corat coret Raya 2011 - Raya ke 2

Raya ke 2. dengan family belah engku pulak. mari makan nasi minyak sampai kenyang sambil melayan kerenah budak-budak yang hadoihh...


sepupu sepapat yang masih kecil cinonet..




saya dan Ema~


abaikan model tudung Zahra ni.. hahaha. eh, ni original, tak der photoshop ok.



Ain dan Aleya~anak sepupu kami.



Sunday, September 4, 2011

corat coret Raya 2011

Alhamdulillah.

selesai Raya 2011. cukup-cukupla makan nya. huhu. serius makan time raya ni memang boleh naik mendadak. yalah, semua benda nak pulun. aduhai.

tapi raya yang seronok dna happening sebab balik awal, dapat buat biskut kapal dan tart gulung. dan 3 biji kek. dan nasi minyak untuk hari raya dan open house yang tak berapa nak open. biskut raya tahun ni berlambak beli. sebab mak kata nanti time majlis tunang boleh bagi orang makan-makan. okeh, mak.

kami dalam warna bank. eh, tak la warna bank sangat. merah pink shocking~ ada ke kaler tu?

hampir semua adik beradik maka dan sepupu. separuh je la~ happening.


kami tanpa engku. oh engku sibuk berborak kat atas. see, my lil bro got different theme color? budak laki, susah tul~


masa buat kuih ngan mak, mak cakap, mak ada feeling ni lah tahun terakhir saya buat kuih ngan mak. huhu. ain dah sah-sah. saya? mungkin~ moga dipermudahkan.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin