Thursday, August 25, 2011

Ramadhan 25

wah. dah 25 hari kita berpuasa. moga selamat menyudahkannya.


target mengahbiskan novel setebal 604 muka surat hampir tercapai, alhamdulillah.

berat-berat ujian yang Allah bagi bulan puasa kali ni. hampir terduduk, termenangis juga la. tapi berkat doa tak putus, dan persiapan hati yang dah dibuat hampir setahun lepas, gagah juga harung.

kata orang, ada hikmah Alah yang tersembunyi. Alhamdulillah, hikmah dah memunculkan diri semalam. sangat bersyukur. penantian memang memeritkan. tapi kalau dapat, sangat membahagiakan. terima kasih, ya Allah. sekarang cuma tunggu proses yang selanjutnya sahaja. moga dipermudahkan, dan jauhkan kami dari anasir dengki manusia, ya Allah. dan doa kami hari-hari, moga kami ditempatkan bekerja di tempat yang diberkati dengan orang-orang yang diberkati, ya Allah.amin.

hari ini sudah mahu pulang ke kampung, yeay! kerana itulah mampu menulis sepagi buta ni. subuh pun belum ni. hahaha.

risau sangat ada barang tertinggal. moga selamat tiba. amin.

ramadhan kali ini, pertama kali as Bakal tunang. dibawa berbuka bersama keluarga dia. alhamdulillah. its kind a to bond the relationship.

manusia datang dan pergi sekelip mata. ingat, benda yang paling dekat dengan kita adalah mati kerana yang memisahkan hidup dan mati hanyalah satu garisan. ~ tetiba ada pesanan tazkirah.


selamat pulang ke kampung. selamat tiba berjumpa keluarga. moga kita mampu hadap Ramadhan tahun depan.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin