Sunday, August 7, 2011

Mari berdiet

Bulan Ramadhan nilah masa terbaik untuk menjaga balik permakanan kita yang selama setahun ni terabai. Janganlah pula masa Ramadhan ni jadi festival makanan dan akhirnya terlantar di Hospital. Minta dijauhkan.



Sahur, itu sunnah. Bangun walau mata terpejam. Capailah walau air kosong ditepi meja. Celik sikit, cari kurma sebiji. Hai, macam manalah nak menyediakan makanan sahur untuk suami nanti. Adeh.



Berbuka, berpada.



Mak pesan, beli makanan yang biasa makan bila berpuasa.



Mak pesan lagi, jangan lah beli banyak-banyak macam dah tiada hari esok.



Lagi, kalau nak beli banyak-banyak, beringat, esok masih ada. Esok boleh beli yang lagi satu tu pula.



Kuih, jangalah dibeli terus 3, RM1. Kalau tak sedap, habis membazir RM1. Belilah berjenis. Andai A tak sedap, B dan C ada sebagai ganti. Kalau tak sedap semua, bukan rezeki kita, kan?



Main course, janganlah dibeli sampai 2 jenis. Cukup satu. Kalau nasi ayam, cukuplah dulu. Esok, beli murtabak pula. Nanti tak habis, membazir.



Setiap tahun, saya budget RM5 sahaja untuk berbuka. Moga tahun ni masih mampu kenyang dengan RM5. Dan dapat slim 4kg, boleh?

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin