Monday, August 8, 2011

Jalan berkali-kali

Saya suka pergi berjalan. Tak kesahlah tempat mahal. Tempat murah. Luar atau dalam Negara. Yang penting tempat tu best. Bila dan suka, saya suka pergi berkali-kali. Hehe.


Macam Kota Kinabalu, Sabah. Saya dah pergi dua kali. Pertama, urusan kerja. Kedua, dengan keluarga. Suka kat Sabah sebab orangnya baik-baik. Sweet sangat. Makanan laut sangat sedap dan murah dan rare ikan nya. Kalau setakat ikan bawal tu, huh, tak payahlah, apa class. Hentam ikan bayan la, baru sedap sehingga menilat tapak kaki~ yum yum. Pearl, dan gelang tu perkara biasa. Boleh dapat juga kat semenanjung walau harga sana jauh lagi murah. Tapi seafood, memang terbaik la kat Sabah. Teringin nak pergi bila dah berdua nanti. Ehem~.


Pantai Kuantan pun seronok pergi berpuluh dan beribu kali. Compare dengan pantai Port Dickson, pantai Kuantan jauh lagi bersih dan best. Angin nya sejuk. Dan makanannya senang dapat dan murah. Apa lagi, pergi Kuanta, dapat bercuti kat Pantai, makan keropok lekor dan sata. Sedap. Tambah pula jelly kelapa~ syahdu je. huhu. Bestnya dapat pergi honeymoon kat Kuantan, sambil berjalan berdua di tepian pantai. Erk~


Cameron Highlands. Tempat yang murah, perjalanan tak ada coting sangat sebab dari Jerantut, tak ada tol. Ajaib kan? Dari KL tol nya mahu cecah rm60 kot pergi balik. Lepak kat apartment 3 bilik, dengan dua keluarga, harga rm250 semalam. Berjalan kat pasar malam hari sabtu kat Brinchang. Makan strawberry sampai kebas mulut. Makan lagi aiskrim strawberry, pure punya. Dengan dadih strawberry. Sedapnya! Beli sayur murah-murah. Sejuk dan nyaman. Minum pula the dan makan skon kat Ladang Teh BOH. Memang heaven. Erm, best kan dapat pergi berdua sambil Jalan-jalan pegang tangan kat ladang teh.. hehe~ gila gatal statement.


Langkawi pun syok pergi berkali-kali. Jauh sikit, tapi berbaloi sebab chocolate nya murah dan rare. Yum yum. Aduh, kira makanan je ye, Norhanis. Tapi memang best la langkawi, dapat pegi island hoping. Oh, langkawi, we are coming again this October. Percutian terakhir kami dengan ain sebagai bujang. Tapi time tu saya dah bertunang *wink*, insya Allah.


Mana lagi tempat happening yang saya suka nak melawat berkali-kali ek.. erm.. KOREA. Memang nak pergi lagi. Sebab best. Tempatnya cantik. Segar. Dan saya nak beli kerongsang cantik dan murah lagi!!


Next year plan nak ke Universal Studio, Singapore. Macam best je. tapi kena prepare awal sebab katanya kena book siap-siap sebelum pergi. Singapore, here I come, before passport expired. Hehe. Sesaper nak join saya? Boleh tengok SNSD punya concert sekali. Wow!


Saya teringin juga nak pergi Vietnam. Kawan-kawan office ni selalu juga ke sana. Tapi atas dasar shopping. Saya nak pergi atas kapasiti bercuti dan melawat tempat bersejarah dan mempelajarai seni dan budaya mereka. Mencuba pakaian tradisi Vietnam, mesti cantik kan? Agak-agak dapat pergi tak before jadi puan? ~~





No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin