Tuesday, August 30, 2011

Syawal 1, 1432 – 30 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri.



Mari, kita raikan kejayaan kita menempuh dugaan di bulan Ramadhan.





Persoalan, berjaya kah kita menempuh dugaan dan ujian yang Dia berikan? Tepuk dada tanya selera.

Thursday, August 25, 2011

Ramadhan 25

wah. dah 25 hari kita berpuasa. moga selamat menyudahkannya.


target mengahbiskan novel setebal 604 muka surat hampir tercapai, alhamdulillah.

berat-berat ujian yang Allah bagi bulan puasa kali ni. hampir terduduk, termenangis juga la. tapi berkat doa tak putus, dan persiapan hati yang dah dibuat hampir setahun lepas, gagah juga harung.

kata orang, ada hikmah Alah yang tersembunyi. Alhamdulillah, hikmah dah memunculkan diri semalam. sangat bersyukur. penantian memang memeritkan. tapi kalau dapat, sangat membahagiakan. terima kasih, ya Allah. sekarang cuma tunggu proses yang selanjutnya sahaja. moga dipermudahkan, dan jauhkan kami dari anasir dengki manusia, ya Allah. dan doa kami hari-hari, moga kami ditempatkan bekerja di tempat yang diberkati dengan orang-orang yang diberkati, ya Allah.amin.

hari ini sudah mahu pulang ke kampung, yeay! kerana itulah mampu menulis sepagi buta ni. subuh pun belum ni. hahaha.

risau sangat ada barang tertinggal. moga selamat tiba. amin.

ramadhan kali ini, pertama kali as Bakal tunang. dibawa berbuka bersama keluarga dia. alhamdulillah. its kind a to bond the relationship.

manusia datang dan pergi sekelip mata. ingat, benda yang paling dekat dengan kita adalah mati kerana yang memisahkan hidup dan mati hanyalah satu garisan. ~ tetiba ada pesanan tazkirah.


selamat pulang ke kampung. selamat tiba berjumpa keluarga. moga kita mampu hadap Ramadhan tahun depan.

Thursday, August 18, 2011

18 Ogos 2011 @ Ramadhan 18, 1432

Tahniah, Anis!


Dah umur 27 tahun pun.


Syukur masih diberi kesempatan bernafas di bumi Allah.


Syukur masih diberi kenikmatan dunia.


Syukur masih diberipeulang menikmati cinta-cinta yang sangat banyak disekeliling.


Syukur masih diberi peluang memegang status ‘Bakal Tunang’ orang. Gatal!



Hehe. Sweet 27, Anis.

Friday, August 12, 2011

Poskad dari Korea


Its been 2 months i left Korea. heh. gaya macam sebelum ni duk lama sangat, pastu kena balik Malaysia. haha.


dah dua bulan meninggalkan Korea, masih nak cakap ayat tu.

rindunya kat Korea. rindu kat makannya. walau mulanya susah nak adapt, tapi lama-lama ok. baru teringat ada poskad yang kami 'pos' dari museum. poskad digital. bila tengok-tengok balik gamabr ke Korea, hampir menitik air mata sebab rasa, nak pergi lagi dan nak rasa experience Korea lagi.


kalau korea begini perasaannya, macam mana lah yang baru balik dari Umrah/ Haji tu ye?

Teman Baik!


Teman baik saya sekarang adalah Nescafe O. Nescafe kosong. Dulu selalu minum dengan susu. Tapi lepas insiden , doctor tak bagi minum susu sebab nanti muntah, jadi terminum Nesacfe koosng. Sedap la pula. Lagi kick. Kaww punya. Lagi-lagi bila tengah berpuasa. Minum time sahur. Segar mata. Oh, bestfriend!




Wednesday, August 10, 2011

Malang sesungguhnya memang tidak berbau. kot

hari ni semalam hari-hari biasa, keluar rumah dalam pukul 7.20, turn Marissa punya kereta. sampai traffic light, tunggu turn unutk U turn. tiba-tiba dengar bunyi break mengejut dan bammmm! nampak kereta Myvi kat belah kiri (saya duk kat belah penumang, sila imagine sekarang) macam disodok ekdepan. Dan driver dalam nya macam menjerit. Pastu terasa kereta Marissa tersondol ke belakang. Beristigfar panjang saya. Terus saya panic.


Tengok driver myvi macam suruh saya jangan keluar, dan tunjuk pintu kereta. Dari side mirror saya nampak ada kereta kat belakang kereta Mar. panic.


Saya keluar, rupanya driver Myvi suruh saya bukakan pintu kereta dia sebab dia tak boleh keluar dan belakang kereta nya kemek habis dah jadi Viva. Panic. Tangan dah ketar capai telefon. Telefon polis. Sementara nak dapat connect, dah ngalir-ngalir air mata. Terus teringat kes pecah rumah hamper dua tahun lepas. Macam ni lah. Kena call polis. Tangan ketar tak percay terlibat kemalangan. Its hurt.


Mar pun sama. Kereta dia, kot. Lagilah gelabah.


Rupanya Neo hitam lost control sebab nak elak wira keluar simpang, langgar Myvi. Nak elak hit teruk, terlanggar Exora dan last langgar Neo Marissa.


Aduh. Kereta paling teruk jatuh kepada Pemangsa la. Apa lagi. Dengan tayar pecah, cermin semua habis. Depan remuk teruk. Alhamdulillah, tak ada siapa cedera. Tapi exora ada dua budak kecik, memang menangis terkejut la.


Lama juga tunggu polis. Dari 7.30 pagi, kami ke balai dalam pukul 8.30, hamper 9 kot. Lepas tu pong pang pong pang kat balai, sampai pukul 9 lebih. Hantar kereta ke bengkel, sama dengan kereta pemangsa. Balik rumah, ambil BKD, vroom ke office. Sampai office pukul 11 pagi. Phewww.



Peringatan andai accident:


1. Terus keluar, sebab takut kereta meletup. Walau apa pun jenis kemalangan.


2. Call polis sebab tak nak Jalan jammed teruk sebab kita. Pastikan tiada orang tercedera sebab kena lapor kepada pihak kecemasan.


3. Ambil gambar semua kereta. Semua keadaan.


4. Bertenang, jangan menangis macam saya. Tapi, siapa boleh tahan nervous, ok.



Harapnya ini kifarah dosa. Moga allah permudahkan segalanya bagi kami menjalani hari-hari yang seterusnya.


Wordless Wednesday #07: SELCAS menunggu meeting



Monday, August 8, 2011

Jalan berkali-kali

Saya suka pergi berjalan. Tak kesahlah tempat mahal. Tempat murah. Luar atau dalam Negara. Yang penting tempat tu best. Bila dan suka, saya suka pergi berkali-kali. Hehe.


Macam Kota Kinabalu, Sabah. Saya dah pergi dua kali. Pertama, urusan kerja. Kedua, dengan keluarga. Suka kat Sabah sebab orangnya baik-baik. Sweet sangat. Makanan laut sangat sedap dan murah dan rare ikan nya. Kalau setakat ikan bawal tu, huh, tak payahlah, apa class. Hentam ikan bayan la, baru sedap sehingga menilat tapak kaki~ yum yum. Pearl, dan gelang tu perkara biasa. Boleh dapat juga kat semenanjung walau harga sana jauh lagi murah. Tapi seafood, memang terbaik la kat Sabah. Teringin nak pergi bila dah berdua nanti. Ehem~.


Pantai Kuantan pun seronok pergi berpuluh dan beribu kali. Compare dengan pantai Port Dickson, pantai Kuantan jauh lagi bersih dan best. Angin nya sejuk. Dan makanannya senang dapat dan murah. Apa lagi, pergi Kuanta, dapat bercuti kat Pantai, makan keropok lekor dan sata. Sedap. Tambah pula jelly kelapa~ syahdu je. huhu. Bestnya dapat pergi honeymoon kat Kuantan, sambil berjalan berdua di tepian pantai. Erk~


Cameron Highlands. Tempat yang murah, perjalanan tak ada coting sangat sebab dari Jerantut, tak ada tol. Ajaib kan? Dari KL tol nya mahu cecah rm60 kot pergi balik. Lepak kat apartment 3 bilik, dengan dua keluarga, harga rm250 semalam. Berjalan kat pasar malam hari sabtu kat Brinchang. Makan strawberry sampai kebas mulut. Makan lagi aiskrim strawberry, pure punya. Dengan dadih strawberry. Sedapnya! Beli sayur murah-murah. Sejuk dan nyaman. Minum pula the dan makan skon kat Ladang Teh BOH. Memang heaven. Erm, best kan dapat pergi berdua sambil Jalan-jalan pegang tangan kat ladang teh.. hehe~ gila gatal statement.


Langkawi pun syok pergi berkali-kali. Jauh sikit, tapi berbaloi sebab chocolate nya murah dan rare. Yum yum. Aduh, kira makanan je ye, Norhanis. Tapi memang best la langkawi, dapat pegi island hoping. Oh, langkawi, we are coming again this October. Percutian terakhir kami dengan ain sebagai bujang. Tapi time tu saya dah bertunang *wink*, insya Allah.


Mana lagi tempat happening yang saya suka nak melawat berkali-kali ek.. erm.. KOREA. Memang nak pergi lagi. Sebab best. Tempatnya cantik. Segar. Dan saya nak beli kerongsang cantik dan murah lagi!!


Next year plan nak ke Universal Studio, Singapore. Macam best je. tapi kena prepare awal sebab katanya kena book siap-siap sebelum pergi. Singapore, here I come, before passport expired. Hehe. Sesaper nak join saya? Boleh tengok SNSD punya concert sekali. Wow!


Saya teringin juga nak pergi Vietnam. Kawan-kawan office ni selalu juga ke sana. Tapi atas dasar shopping. Saya nak pergi atas kapasiti bercuti dan melawat tempat bersejarah dan mempelajarai seni dan budaya mereka. Mencuba pakaian tradisi Vietnam, mesti cantik kan? Agak-agak dapat pergi tak before jadi puan? ~~





Sunday, August 7, 2011

Mari berdiet

Bulan Ramadhan nilah masa terbaik untuk menjaga balik permakanan kita yang selama setahun ni terabai. Janganlah pula masa Ramadhan ni jadi festival makanan dan akhirnya terlantar di Hospital. Minta dijauhkan.



Sahur, itu sunnah. Bangun walau mata terpejam. Capailah walau air kosong ditepi meja. Celik sikit, cari kurma sebiji. Hai, macam manalah nak menyediakan makanan sahur untuk suami nanti. Adeh.



Berbuka, berpada.



Mak pesan, beli makanan yang biasa makan bila berpuasa.



Mak pesan lagi, jangan lah beli banyak-banyak macam dah tiada hari esok.



Lagi, kalau nak beli banyak-banyak, beringat, esok masih ada. Esok boleh beli yang lagi satu tu pula.



Kuih, jangalah dibeli terus 3, RM1. Kalau tak sedap, habis membazir RM1. Belilah berjenis. Andai A tak sedap, B dan C ada sebagai ganti. Kalau tak sedap semua, bukan rezeki kita, kan?



Main course, janganlah dibeli sampai 2 jenis. Cukup satu. Kalau nasi ayam, cukuplah dulu. Esok, beli murtabak pula. Nanti tak habis, membazir.



Setiap tahun, saya budget RM5 sahaja untuk berbuka. Moga tahun ni masih mampu kenyang dengan RM5. Dan dapat slim 4kg, boleh?

Monday, August 1, 2011

Ramadhan datang lagi

Semoga ini bukan Ramadhan yang terakhir. Semoga kita menjadi lebih baik dengan datangnya Ramadhan ini. Harap-harap ‘buku’ yang saya sedang baca sekarang tu, dapat disudahkan sekali lagi di Ramadhan ini. Amin
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin