Tuesday, July 12, 2011

Tip top hangat kat Korea ( kot la..)

· Ketika musim panas, dari Bulan June ke Ogos, cuaca di Korea agak panas, namun tidak melekitkan, macam di Malaysia. Minumlah air banyak-banyak. Bawak botol air dan tadahlah di mana-mana. Atau refill keetika di Hotel. Kalau tidak, memang asik keluarkan duit dalam RM10 sehari la, for the sake of water.


· Untuk orang Melayu dan perempuan, bawaklah tissue lembap atau botol kosong kecil dalam bag untuk kegunaan dalam tandas. Toilet di Korea tidak ada paip air. Main lap sahaja. Untuk yang tidak biasa, memang susahlah nak hidup sekadar lap-lap sahaja. Saya bawak wet tissue. Tak la selesa sangat, tapi masih dapat menjamin kebersihan. Nak buang air besar, memang kitorang tunggu balik hotel la. Haha.


· Pakai kasut yang selesa supaya boleh bergerak dengan bebas dan berjalan banyak. Pakai heel memang menyeksa diri la. Walau pakai kasut selesa pun boleh menyengalkan kaki bila sampai hotel.


· Bawah handbag besar. Backpack ok jugak. Tapi tak stylo la. Haha. Handbag besar, sling. Memang cozy sebab dapat bergaya, berjalan dengan selesa (beg tak risau di sauk orang), dan isi botol air dan wallet dan stock makanan ketika lapar. Hehe.


· Belajar bahasa asas Korea. Janganah tidak tahu apa-apa. Nanti bila orang tu hanya menyatakan kita tak habis makan, tapi kita sangkakan diorang marah kita solat. Huhu.


Contoh:


‘ahjumma, olmayeyo?’ - auntie, how much is this?


‘kahmsahamnida’ – thank you.


‘choeseong hamnida’ – I’m so sorry.


Kalau boleh,cari bahasa formal sebab lagi Nampak menghormati. Those Korean yang dalam drama adalah bahasa harian dan kadang-kadang Nampak tidak respect. So, please pay respect to elders in Korea.


· Bawak ubat- ubatan dari Malaysia. Sebab badan kita ni senang sakit bila ada perubahan cuaca. Ambil ubat Korea, kita tak faham ubatnya. Jadi, bawaklah Soluble atau panadol. Saya sendiri makan Soluble di ahri kedua sebab terlalu penat dan rasa seram sejuk nak demam dan selsema. Alhamdulillah, sihat esoknya untuk menempuh perjalanan seterusnya.


· Bawak extra memory card untuk camer kalau memang jenis yang suka snap segala benda. Saya bawak 12GB. Habis dekat 8GB jugaklah. Memang banyak gambar. Puas hati.


· Bawak extra battery untuk handphone/ camera juga. Almaklumlah, smartphone makan battery. Jadi, nak mengelakkan tidak lagi dapat mengambil gambar, bawaklah spare.


· Di Korea, plug elektriknya hanya ada dua lubang. So, pastikan charger untuk camera dan handphone pun pakai yang dua lubang. Macam Samsung, memang pakai dua lubang sahaja. Kalau tak, memang tak kan bercaj la barangan elektronik kita.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin