Wednesday, July 6, 2011

Timbang tara

My little sister asked me, macam mana orang muda-muda boleh pakai kereta mahal-mahal ye Along?



Penjelasan dari kakak nya ni:



a) Boleh jadi dia memang kaya sebab Family dia dah memang kaya. Agak tipulah kalau baru fresh graduate, dan kamu dari keluarga yang tiada cable atau wayar apa, nak dapat kerja terus jadi senior engineer atau General Manager. Mungkin ada yang kerja Engineer, tapi bukan kat Malaysia la kot. Kat oversea, gaji USD3000, balik Malaysia boleh pakai Honda. kalau kat Malaysia RM3000 je, pakai persona sahaja mampu.


b) Mungkin dia mampu pakai kereta mahal, walau hakikatnya semua orang mampu pakai kereta mahal, walau gaji RM2500. Tolak la RM800 atau RM1k bulan-bulan untuk kereta, pastu duduk la kat rumah mak. Tak payah bayar sewa. Atau tak duduk umah family sebab family kat Pahang, dudukla rumah flat bayar bilik bulan-bulan RM200. Hari-hari makan magi sebab minyak parah. Heh.


Tu sahaja konklusi boleh di buat. kaya atau terpaksa menahan diri. Bukan senang nak hidup dengan gaji RM2500, pakai kereta mewah, duduk kat KL. Kalau gaji rm2000, duk Jerantut, Honda Civic, nescaya boleh pakai senang-senang sahaja. Tak da tol, tak perlu minyak parah sebab jammed, tak perlu bayar parking. Sewa rumah teres 3 bilik paling mahal rm300. Heaven! Makanan murah.



Semua ada timbang tara nya. Kerjaya hebat, gaji melambung, tapi keluarga macam mana? Kalau dah kahwin, sempat ke nak mengisi masa untuk anak-anak? Kalau belum kahwin, masih ada masa ke untuk balik menjenguk ibu bapa di kampung? Kalau tiada sesiapa, sempat ke berlibur untuk diri sendiri? Teringat Kapsul Imam Muda 2 (perg, tengok Imam Muda sekarang ^_^), ketika mereka melawat rumah orang-orang tua yang mana anaknya tidak menjenguknya sudha hampir setahun kerana terlalu sibuk dengan kerjaya. Sedih!


Ada orang yang suka mengahbiskan duit untuk keluarga, bawa berjalan dan makan dan makan. Jad, duit untuk diri agak tersekat. Ada juga yang lebih suka menghiburkan diri dengan barangan mewah, dan tiada peruntukan untuk berjalan.


Semua ada timbang tara nya. Semua kena ada pengorbanan nya. Untuk seimbangkan alam semesta.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin