Saturday, July 30, 2011

Makan wishlist!

Mingggu yang sibuk.


Sibuk melampiaskan nafsu makan sebelum bulan Ramadhan tiba. Hectic betul. Macamlah Ramdhan tu setahun, Norhanis, oii.


Seusai sembuh dari muntah-muntah dan cirit birit isnin dan selasa, bersemangat sungguh saya mahu makan itu dan ini sebelum Isnin, 1 Ramadhan tiba. Heh.


Dimulakan dengan berbagai juadaha hari Selasa sebenarnya. Tapi saya ta hadap pun sebab masih takut muntah.


Kemudian, hari Rabu, saya makan Nasi Arab. Sempena Ramadhan bakal tiba dan meraikan kawan yang bakal meninggalkan Bank dua minggu sebelum raya. Annyong!


Hari Kahmis, Subway- Chicken Grilled. Yum yum. Sendat perut sebab dah lama tak makan heavy. Biskut Chocolate Chip simpan untuk esok minum petang.


Hari Jumaat, pergi Masjid Jamek. Takut tak larat masa Ramadhan nanti nak menapak. Makan kat INSAF. Insaf sekejap amsa bayar harga makanan, pheww! Petangnya, minum petang makan choc chip dan segala biskut raya tester yang tak habis kat pantry dan air Nescafe o. Yum yum.


Hari sabtu rayau. Makan Karipap kat rumah Hemi. Tengahari makan Big n Tasty, McDonalds. Makan tengahari, fries je. Malam baru makan burgernya. Burrp, Alhamdulillah sedap.


Ni ngan Ain berkira-kira nak makan beriani pulak. Hahaha. Bukan apa, masa puasa ni emmang plan nak strict on diet, tak ada nasi hebat dan berat. Takut sendat dan padat pulak baju Tunang tu. Adoyai. Please, going to ‘Puasa’ for next 50 days. OMG, my e-day is just around 50 days? Apa hal kamu citer hal e-day kat sini, Norhanis? Nyah ke sana!

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin