Monday, July 4, 2011

Korea Part 6a : 7 June 2011 – Ginseng, Seaweed, Amethyst & Yummy Lunch


Hari ni banyak aktiviti melawat.


Breakfast dulu. Yum yum, oyin.




Gambar tepi bas dulu



Seaweed factory. Kami diberi penjelasan macam mana Seaweed dikumpul. Dari cara lama ke cara moden. Sangat menarik. Macam mana mereka memberi perasa menggunakan salt yang dibakar dalam buluh selama beberapa minggu. Kemudian, apa lagi, shopping la seaweed banyak-banyak. Yum! Kata mereka, untuk makan ni, biasanya orang Korea akan sapu sesame seed dan layurkan dengan garam atas api. Barulah lagi enak di makan. Tapi kami tibia je makan ketika lapar masa dalm bas. Ada perasa original, bamboo salt dan juga udang.










Mari melawat tempat Ginseng pula. Oh, kat sini tak boleh ambil gambar sebab err. Rahsia kot. Tapi kami diberi penerangan terperinci jugaklah tentang Ginseng. Ginseng kena tanam 6 tahun untuk menjamin kualitinya. Lebih dari enam tahun, akan menyebabkan khasiat Ginseng berindah ke Tanah semula. Dari umur 1 ke dua tahun, Ginseng tiada member apa-apa kesan kedalam badan andai diminum. Ia sekadar jadi bahan perasa dalam kopi. Menarik sangat pengetahuan yang kami dapat. Kemudian kami diberi tester. Yark, sangatlah tak sedap itu ginseng. Walau sangatlah baik untuk kesihatan, isk. Tak sanggup nak bau. Harganya, memanglah mahal sebab enam tahun kan, tanam untuk dapat khasiat. Seribu lebih jugak lah.


Kami dibawak turun ke basement. O, kat sini ada item must buy; SLEEPING PACK dari Ginseng. Nanti kita cerita kat entri MUST BUY dari KOREA ye.






Lepas tu, ke Amethyst Centre. Pun dilarang ambil gambar. Batu Amethytst ni sangat lah cantik berwarna purple dan agak mahal juga. Budak-budak yang masih ada beratus ribu won tu, merembat lah cincin dan gelang. Den sambar batu keychain yang boleh buat rantai je. Sepuluh ribu won. Hehe.






Oh, petang ini mahu ke Everland. Tapi kenalah Lunch dan solat dulu. Hari ni, pergi makan kat tempat vege lagi. Dapat makan daging dari Tauhu. Buat macam cerita Korea tu, letak daging tauhu tu dalam sayur yang segar dan manis tu, letak nasi pulut yang color purple dan sedikit dipping. Bungkus-bungkus dan sumbat penuh-penuh dalam mulut. Sangat sedap. SERIUS! Adeh, meleleh air liuq mengingat nya. Isk.














Senyum kekenyanyan.




No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin