Monday, July 18, 2011

Ganti puasa

InsyaAllah hari ni hari terakhir mengganti puasa. Sungguh, kelelahan untuk mengganti tahun ni. entahlah kenapa. Sebelum ni mudah je berpuasa Isnin dan Khamis. mungkin sebab memikirkan kena berjalan sejauh 20minit dari office dan parking kat Pusat Bandar Damansara tu. haih. Lama-lama tertangguh smapai ke hujung nyawa.


Tahun lepas agak banyak la kena ganti, dua minggu. Tapi saya biasa buat extra 1 atau dua hari. Amna tau kot-kot ada yang termiss, tak sedar. Kalau boleh, tahun ni mahu kasi penuh. Kalau ikut timetable nya, bulan 8 ni memang termiss kedatangannya. Haha. Harap-harap. Bolehlah khatam Quran lagi (eleh, kalau kena pun, bole je khatam kan, anis?)


Baca blog Noe, ada lah dia cerita macam mana nak bayar Fidyah kalau dah tak mampu nak bayar yang lepas-lepas. Kat sini, saya petik dari blog Noe. Kalau salah dia, salahlah saya bagi pengetahuan ye.



contoh: Tahun Tak ganti puasa 2007 = 7 hari

cara kira: (tahun ini) 2011 - 2007 = 4 tahun

maka: 4 tahun x 7 hari (puasa tinggal) x RM1.8 (harga fidyah semasa)

JUMLAH FIDYAH YANG HARUS DIBAYAR = RM50.40


Cuma, kalau boleh, cubalah sedaya upaya untuk langsaikan dengan kudrat sendiri. Kita kan masih muda dan sihat. Takut-takut nanti kalau dah tersyok membayar fidayah, sampai kita rasa tuntutan agama boleh dibayar dengan duit. Mudah-mudahan tidak.


Besar harapan kali ini agar terus berpuasa ganti seusai habis berhari raya. Cukuplah menannguh, terasa beban berat. Dan takut-takut je.

3 comments:

umi nadhrah said...

walaupun dah bayar fidyah, puasa yang tinggal tu masih wajib diganti..

http://www.e-zakat.com.my/kalkulator-zakat/fidyah/

hanys said...

Oh. Ye ke. Thanx bgtau.. Tp mcm ramai he yg ingat klau dh byr tk perlu gnti.. Mcm org yg bersalin time ramadhan...

hanys said...

Oh. Ye ke. Thanx bgtau.. Tp mcm ramai he yg ingat klau dh byr tk perlu gnti.. Mcm org yg bersalin time ramadhan...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin