Thursday, July 21, 2011

Buku: Norhayati Berahim

Dah lama meninggalkan buku –buku dari Norhayati Berahim. Bukan apa, pernah terbeli dua buah buku serentak yang keluar serentak. Yang mana hasilnya mengecewakan seolah-olah Jalan cerita yang sama, tiada beza. Berhenti sekejap. Tekur pada Jemari Seni. Tapi, teringin mahu menatap hasilh NB semula. Jadi, Setiap Jumaat menjadi wadah pertama. Ceritanya biasa-biasa sahaj. Tapi yang biasa-biasa tu yang best sebab ianya biasa dengan diri kita. Cocok. Realiti. Saya bukan perempuan cantik dengan badan langsing, menjadi pujaan semua tapi miskin. Bukan. Jadi, saya benci dengan heroin yang sebegitu rupa,sebab agak la tak logiknya. Kalau sangat cantik, sampai semua mahu buat jadi kekasih, tapi sangat lemah bila nak lawan musuh, benci la..



Usai Setiap Jumaat, saya tekur pula pada Dari Kerana Mata. Ceritanya menyentuh rasa sebab macam terlalu dekat dengan reality hidup kita.


Lepas ni, mahu buku yang mana pula ye?

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin