Saturday, July 2, 2011

Anniversary with Bank Islam

02.07.2007





.





.





.





.





02.07.2011





genap 4 tahun di Bank Islam. Alhamdulillah.




banyak belajar disini. andai rasa UIAM sudah cukup membentuk diri, Bank Islam mengajar menjadi lebih baik.




terima kasih Hemi, mengajar saya berpuasa sunat Isnin dan Khamis. walau tak la selalu Isnin dan Khamis buat, tapi masih cuba mengamalkan sebaik mungkin.




terima kasih juga Hemi, pengaruh awak membaca Al Quran dan membelanja kami Aiskrim dan Kek buat saya nak khatam Quran berkali-kali lagi.




Bank Islam mengajar etika berpakaian. alhamdulillah, walau saya tak la bertudung litup, tapi masih sedar kewarasan etika berpakaian.




di bank islam, saya nampak mereka yang tidak bertudung bila tidak bekerja. mula menghakimi. namun, mereka yang liat nak bertudung itulah yanag datang tepat pada masanya ketika seruan Ilahi memanggil. ajaib.




saya melihat, dari tidak bertudung, akhirnya bertudung dengan lebih baik. alhamdulillah.




banyak saya belajar. belajar menghormati orang sebelum meminta dihormati.




belajar bersabar walau apa pun orang buat kat kita.




4 tahun. lama kan? tahun ke lima masih di sini kah? :)

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin