Saturday, July 30, 2011

Makan wishlist!

Mingggu yang sibuk.


Sibuk melampiaskan nafsu makan sebelum bulan Ramadhan tiba. Hectic betul. Macamlah Ramdhan tu setahun, Norhanis, oii.


Seusai sembuh dari muntah-muntah dan cirit birit isnin dan selasa, bersemangat sungguh saya mahu makan itu dan ini sebelum Isnin, 1 Ramadhan tiba. Heh.


Dimulakan dengan berbagai juadaha hari Selasa sebenarnya. Tapi saya ta hadap pun sebab masih takut muntah.


Kemudian, hari Rabu, saya makan Nasi Arab. Sempena Ramadhan bakal tiba dan meraikan kawan yang bakal meninggalkan Bank dua minggu sebelum raya. Annyong!


Hari Kahmis, Subway- Chicken Grilled. Yum yum. Sendat perut sebab dah lama tak makan heavy. Biskut Chocolate Chip simpan untuk esok minum petang.


Hari Jumaat, pergi Masjid Jamek. Takut tak larat masa Ramadhan nanti nak menapak. Makan kat INSAF. Insaf sekejap amsa bayar harga makanan, pheww! Petangnya, minum petang makan choc chip dan segala biskut raya tester yang tak habis kat pantry dan air Nescafe o. Yum yum.


Hari sabtu rayau. Makan Karipap kat rumah Hemi. Tengahari makan Big n Tasty, McDonalds. Makan tengahari, fries je. Malam baru makan burgernya. Burrp, Alhamdulillah sedap.


Ni ngan Ain berkira-kira nak makan beriani pulak. Hahaha. Bukan apa, masa puasa ni emmang plan nak strict on diet, tak ada nasi hebat dan berat. Takut sendat dan padat pulak baju Tunang tu. Adoyai. Please, going to ‘Puasa’ for next 50 days. OMG, my e-day is just around 50 days? Apa hal kamu citer hal e-day kat sini, Norhanis? Nyah ke sana!

Wednesday, July 27, 2011

cacamarba

hari Isnin seawal pagi, saya muntah-muntah dan diarrhea. MC.

betullah sakit ni datanganya macam ribut. nak sembuh, aduhai, macam semut yang terjongket-jongket berjalan perlahan.

penat.

pening kepala tak usah cakap la. sarat je. ting tong pun ada.

tak pernah-pernah habis ubat, saya cuba makan ubat tepat pada masanya. masih takut-takut nak nak makan benda berat, takut muntah lagi. bila fikir-fikir apa punca nya ye?

makan luar? tidak. saya masak sendiri. tapi mencacarmarba kan makanan, iye.


makan mee goreng udang.

gajus habis sepaket rm10.

minum anlene chocolate.

makan aiskrim.

tak cukup lagi..

minum milo letak aiskrim pulak.

makan koko crunch juga.

apa benda ada dalam peti lagi?

chocolate Daim?

air Yogurt nestle?

hentam semua.

hasilnya?


lunyai badan, norhanis.


lain kali, bawak-bawaklah mengucap bila nak makan ye. jangan main hentam kromo segala benda. badan dah uzur.

moga berkat sakit kali ni, menyahkan dosa-dosa kecil. amen.

Tuesday, July 26, 2011

Jujurnya

ini entri jujur.


waaa... saya rindu adik saya yang dua hari pindah ke rumah baru!


malu nak ngaku. en Bakal Tunang pun kata saya mengada, bukan pindah jauh pun. duk cheras je. tapi yalah kan. saya dah tak dapat jumpa dia hari-hari. dia tak dapat tengok muka saya yang kuat nangis ni.

walau dia tu pemalas tahap errr, pemalas la juga, dan saya memang sangat suka membebel dengan kemalasan dia tu, tapi saya rindukan dia. huhu.


yalah, dah dekat dua tahun kot dia duk ngan saya kat Subang ni. isk. isk. ^_^

Saturday, July 23, 2011

Beda dan beza

Hari tu ada dengar ceramah melalui siar raya kat office ni. Ustaz cakap, kita ni berbeza-beza. Jangan diukur dan dibezakan kita dengan orang lain kerana kita berbeza dari cara pembesaran, waktu matang, semua berbeza.


Jalan yang orang lain lalui mungkin nampak mudah pada dia, tapi susah bagi kita. Begitu juga sebaliknya. Ujian yang kita lalui mungkin sukar bagi kita, namun mudah bagi orang lain.


Cukuplah membeza dan membanding diri kita dengan orang lain.



Satu peringatan untuk diri sendiri dan yang lain.

Thursday, July 21, 2011

Korean Food @ Spring Potato Cafe

Demam Korea saya belum kebah. Haha.



Last week memanjang status kat FB dan Twitter rindu sama Seafood Noodle. Rindu pada keunikan rasanya tu. Sedap. Yum yum. Cuba-cuba google, tak jumpa pula resepinya. Balik rumah, terjumpa majalah Jarmoni. Bulan berapa ntah. Yang ada gambar Sheera pakai tudung biru, tersenyum simpul malu.. ^_^ tiap hari aku dengar ko melalak kat Suria, ceh. Hehe.





Ada resepi, Seafood Noodle. Ehsan dari Marini Mahbob. Google la tnet. Oh, rupanya pengasas Spring Potato. Ala yang pusing-pusing berbagai perisa tu. Sedaap. Yum yum.



Ada restaurant Korea rupanya Marini ni, since dia kahwin dengan mamat Korea yang leuk Islam. Dah ada 3 pun anaknya yang comel. Spring Potato Café kat Sri Gombak. Jadi hari ni, dapat lepas awal sebab ada meeting laur, ambil Ema, terus pergi terjah. Sebab dah rindu sangat kan. Ema adiks aya yang sangat sporting makan makanan Korea walau dia tak pernah makan. Layan la kakak awak ni ema. Sarangae.



Muka lapar tak makan satu hari dan teruja nak makan Seafood Noodle.


Sarangae, Ema!




Inilah hasilnya!



Seafood Noodle or Kalguksu = RM11.00







Bimbibap or Mixed Rice = RM11.00

Oh! Sedapnya, terubat rindu

Disebabkan hari ni hari last gaji.. err paham-pahamlah. So, tak boleh la nak ambik semua menu. Hehe. Next time mahu makan Ja Jang myun. Yum yum. Dan juga rolled rice. Ewww. Sedap




Eh, Spring Potato mesti ada. Tak lengkap la kalau tak ada sebagai dessert. Perisa BBQ sedap. Yum yum




Mahu makan juga?





Nah alamat:



No 11, Jalan SG1/11,



Taman Sri Gombak,



68100 Batu Caves,



Selangor





Tel: 03-61884471







Buku: Norhayati Berahim

Dah lama meninggalkan buku –buku dari Norhayati Berahim. Bukan apa, pernah terbeli dua buah buku serentak yang keluar serentak. Yang mana hasilnya mengecewakan seolah-olah Jalan cerita yang sama, tiada beza. Berhenti sekejap. Tekur pada Jemari Seni. Tapi, teringin mahu menatap hasilh NB semula. Jadi, Setiap Jumaat menjadi wadah pertama. Ceritanya biasa-biasa sahaj. Tapi yang biasa-biasa tu yang best sebab ianya biasa dengan diri kita. Cocok. Realiti. Saya bukan perempuan cantik dengan badan langsing, menjadi pujaan semua tapi miskin. Bukan. Jadi, saya benci dengan heroin yang sebegitu rupa,sebab agak la tak logiknya. Kalau sangat cantik, sampai semua mahu buat jadi kekasih, tapi sangat lemah bila nak lawan musuh, benci la..



Usai Setiap Jumaat, saya tekur pula pada Dari Kerana Mata. Ceritanya menyentuh rasa sebab macam terlalu dekat dengan reality hidup kita.


Lepas ni, mahu buku yang mana pula ye?

Monday, July 18, 2011

Ganti puasa

InsyaAllah hari ni hari terakhir mengganti puasa. Sungguh, kelelahan untuk mengganti tahun ni. entahlah kenapa. Sebelum ni mudah je berpuasa Isnin dan Khamis. mungkin sebab memikirkan kena berjalan sejauh 20minit dari office dan parking kat Pusat Bandar Damansara tu. haih. Lama-lama tertangguh smapai ke hujung nyawa.


Tahun lepas agak banyak la kena ganti, dua minggu. Tapi saya biasa buat extra 1 atau dua hari. Amna tau kot-kot ada yang termiss, tak sedar. Kalau boleh, tahun ni mahu kasi penuh. Kalau ikut timetable nya, bulan 8 ni memang termiss kedatangannya. Haha. Harap-harap. Bolehlah khatam Quran lagi (eleh, kalau kena pun, bole je khatam kan, anis?)


Baca blog Noe, ada lah dia cerita macam mana nak bayar Fidyah kalau dah tak mampu nak bayar yang lepas-lepas. Kat sini, saya petik dari blog Noe. Kalau salah dia, salahlah saya bagi pengetahuan ye.



contoh: Tahun Tak ganti puasa 2007 = 7 hari

cara kira: (tahun ini) 2011 - 2007 = 4 tahun

maka: 4 tahun x 7 hari (puasa tinggal) x RM1.8 (harga fidyah semasa)

JUMLAH FIDYAH YANG HARUS DIBAYAR = RM50.40


Cuma, kalau boleh, cubalah sedaya upaya untuk langsaikan dengan kudrat sendiri. Kita kan masih muda dan sihat. Takut-takut nanti kalau dah tersyok membayar fidayah, sampai kita rasa tuntutan agama boleh dibayar dengan duit. Mudah-mudahan tidak.


Besar harapan kali ini agar terus berpuasa ganti seusai habis berhari raya. Cukuplah menannguh, terasa beban berat. Dan takut-takut je.

Sunday, July 17, 2011

Harry Potter and the Deathly Hollows - part 2



HARRY POTTER & THE DEATHLY HOLLOWS part 2, DONE!




selamat tinggal Harry Potter.



selamat tinggal Ron & Hermaione.




sedihnya, terharunya mengetahui kebenaran betapa Snape menyanyangi Lily dan seterusnya Harry. semua yang berlaku, Snape melindungi Harry.


penceritaan yang sangat bagus. cerita kedua selepas Nur Kasih yang buat saya leleh air mata. huh.

Thursday, July 14, 2011

MUST BUY ITEM at KOREA.

What should or must you buy at Korea?


1. Cosmetics


Korean love cosmetics. And their cosmetics are so update compared to ours. Contohnya, BB Cream. Korean wear BB Creams so long time ago. That’s why you can see how flawless they are, looks like wearing no makeup. But they do. So, buy BB Cream from Korea. Its feels so good. Try Etude. I’m so fall in love with it. Its affordable.


Another stuff that I got from Etude is, Peeling Cream. Before this, I just know peeling cream is just for lips or skin. But this peeling cream can be use on our bare face. So amaze! Bila-bila dha guna Peeling Cream, rasa muka berkulit baru ~ jakun. Rasa macam boleh buat iklan ‘Kerana diriku begitu harga’.. Hahaha.



2. Brooch


Okey, janganlah samakan Brooch Korea dengan yang kat Kasjid Jamek tu. serius tak sama. Mula-mula rasa macam tu juga. Terasa macam. sungguh tak Korea la beli Brooch. Tapi, sangat cantik. Batu nya lain. Plus, orang yang biasa dengan Brooch Korea, boleh nilai cantiknya Brroch diorang ni. harga, ikut tempat jugaklah. Kalau dapat tempat yang jual borong, memang murah. Dari 3000 won ~ RM9, sampai boleh cecah 50 000 won ~ RM150.


3. Korean Silk


Korean silk memang lembut dan cantik. Tapi memang mahal la. Satu meter sahaja dah cecah 25 000 won ~RM75. Kalau empat meter? Huh. Berpeluh nak menarik duit keluar. Kalau tak mampu, boleh beli cotton juga. Cotton nya agak menarik. Tak sama la dengan yang Malaysia. Mula ak mahu beli, tapi kesian pula kat nenek yang terbongkok-bongkok menjual tu. nanti saya tunjuk baju yang dah siap ye.


4. Ginseng


Ginseng Korea memang berkualiti tinggi. Di tanam cukup 6 tahun. Dijaga dengan elok dari hujan dan panas. Sesuai untuk bermacam penyakit, darah tingi, kencing manis dan juga untuk amsalah dalaman orang perempuan macam keputihan dan keletihan. Pahitnya tak usah cakaplah.


Kalau tak mahu (err.. tak mampu) Ginseng, kosmetik berasaskan Ginseng juga bagus. Contohnya macam Sleeping Pack yang dibuat dari Ginseng. memang disyorkan sangat-sangat oleh Cecilia. Pakai waktu malam, sebelum tidur dan esok pagi bilas. Kulit makin lembut macam baby. Yang ni mampu beli, dalam 23 000 won~ RM65.



5. Key chain with hanbok design


Souvenir khas yang boleh beli banyak-banyak untuk kawan-kawna yang tahu pemergian korang ke Korea. Pergi Over sea kan, kalau tak bawak balik buah tangan, kecik hati pulak nanti. Hanbok adalah lambang atau imej Korea sebab Negara lain tak pakai Hanbok. Key chain bermotifkan Hanbok memang sangat Korea.


Kalau untuk lelaki, boleh belikan key chain gendang Korea juga. BF cakap, pukul gendnag ni boleh kuar jin ke? hessh.





6. Aksesori


Macam yang kita tahu, Korea memang sangat up to date dengan fesyen. Baik kasut, handbag atau aksesori kecil-kecilan memang sweet dan cantik.


Handbag, its must buy item. Which I do regret a lot of not buying them a lot. I just bought Tote bag. Its 40 000 won~ RM120. Range bag dalam 50 000 won to 100 000 won. Best sangat. Macam dalam cerita Korea tu.


Dan jua Kasut. Isk, kalaulah mengenangkan saya bukan jenis yang pakai heel macam dalam cerita Korea tu, memang habis kena rembat. Tapi tabahkan hati, beli dua pasang je.


Ni beli kat Dongdaemun Market, 10 000 won sahaja. Bapak murah.


7. Kpop’s stuff


Ha, kalau dah gila sangat dengan Kpop Stuff, carilah kat Korea ni. merata ada jual. Cuma beza murah dan mahal sahaja. Note pad, calendar, poster, postcard, pensil, mug, umbrella, and sock. Name it, you got it, babe. I love SNSD a lot, so here all the SNSD’s stuff which quite difficult to get in Malaysia + mahal woo.


















Tuesday, July 12, 2011

Tip top hangat kat Korea ( kot la..)

· Ketika musim panas, dari Bulan June ke Ogos, cuaca di Korea agak panas, namun tidak melekitkan, macam di Malaysia. Minumlah air banyak-banyak. Bawak botol air dan tadahlah di mana-mana. Atau refill keetika di Hotel. Kalau tidak, memang asik keluarkan duit dalam RM10 sehari la, for the sake of water.


· Untuk orang Melayu dan perempuan, bawaklah tissue lembap atau botol kosong kecil dalam bag untuk kegunaan dalam tandas. Toilet di Korea tidak ada paip air. Main lap sahaja. Untuk yang tidak biasa, memang susahlah nak hidup sekadar lap-lap sahaja. Saya bawak wet tissue. Tak la selesa sangat, tapi masih dapat menjamin kebersihan. Nak buang air besar, memang kitorang tunggu balik hotel la. Haha.


· Pakai kasut yang selesa supaya boleh bergerak dengan bebas dan berjalan banyak. Pakai heel memang menyeksa diri la. Walau pakai kasut selesa pun boleh menyengalkan kaki bila sampai hotel.


· Bawah handbag besar. Backpack ok jugak. Tapi tak stylo la. Haha. Handbag besar, sling. Memang cozy sebab dapat bergaya, berjalan dengan selesa (beg tak risau di sauk orang), dan isi botol air dan wallet dan stock makanan ketika lapar. Hehe.


· Belajar bahasa asas Korea. Janganah tidak tahu apa-apa. Nanti bila orang tu hanya menyatakan kita tak habis makan, tapi kita sangkakan diorang marah kita solat. Huhu.


Contoh:


‘ahjumma, olmayeyo?’ - auntie, how much is this?


‘kahmsahamnida’ – thank you.


‘choeseong hamnida’ – I’m so sorry.


Kalau boleh,cari bahasa formal sebab lagi Nampak menghormati. Those Korean yang dalam drama adalah bahasa harian dan kadang-kadang Nampak tidak respect. So, please pay respect to elders in Korea.


· Bawak ubat- ubatan dari Malaysia. Sebab badan kita ni senang sakit bila ada perubahan cuaca. Ambil ubat Korea, kita tak faham ubatnya. Jadi, bawaklah Soluble atau panadol. Saya sendiri makan Soluble di ahri kedua sebab terlalu penat dan rasa seram sejuk nak demam dan selsema. Alhamdulillah, sihat esoknya untuk menempuh perjalanan seterusnya.


· Bawak extra memory card untuk camer kalau memang jenis yang suka snap segala benda. Saya bawak 12GB. Habis dekat 8GB jugaklah. Memang banyak gambar. Puas hati.


· Bawak extra battery untuk handphone/ camera juga. Almaklumlah, smartphone makan battery. Jadi, nak mengelakkan tidak lagi dapat mengambil gambar, bawaklah spare.


· Di Korea, plug elektriknya hanya ada dua lubang. So, pastikan charger untuk camera dan handphone pun pakai yang dua lubang. Macam Samsung, memang pakai dua lubang sahaja. Kalau tak, memang tak kan bercaj la barangan elektronik kita.

Thursday, July 7, 2011

Korea Part 7a : 8 June 2011 – Museum, Blue House, Folk Museum, Palace & Lunch

Museum
















Polis yang stylo pakai Roller Blade



Blue House, Presidential House


Palace






Tertanya-tanya kenapa dalam drama Korea mesti diorang merayakan besaran birthday baby setahun. Ini kerana diorang amat bersyukur sebab baby dapat hidup sihat sampai umur setahun. Dulu-dulu mana ada hospital dan ubatan bila baby sakit.





















Guard changing ceremony





Lunch terakhir di Korea. Isk.. Sangat lapar.



Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin