Saturday, July 2, 2011

Korea Part 5b : 6 June 2011 – Seoul: Itaewon, Dongdaemeun & Nandaemeun Market

Mulanya kami ke Itaewon. Pernah dengar atau tonton Itaewon Suicide? Lakonan Jang Geun Suk, hehehe. My handsome man ~~



Itaewon ni mainly adalah Bandar unutk foreigner. Kat sini memang banyak kedai-kedai Rusia, Indian food, walau barangan Malaysia pun ada juga. Mana yang teringin nak makan makanan Negara masing-masing kat sinilah tempatnya.



Kata Cecilia, barang kat sini the most expensive. Oh!







Jadi mari makan! Akhirnya dapat juga kami makan ayam yum! Yum! Oh, restoran ni restoren Turkish, tapi macam owner nya orang Korea.







Siap ada scroll penghargaan dari RTM. J








Usai makan, kami bersolat di Prince sultan Islamic Mosque Seoul. Sangat teruja. Walau masa tu ada majlis keramaian, yang mana banyak orang India dan Bangladesh yang bekerja kat Korea. Walau baru tiga tahun di Korea, diorang boleh bercakap bahasa Korea sangat fasih. Kagum! Desakan hidup mampu membuat kita menguasai bahasa asing dalam jangka masa sekejap, kan?





Kami ke Nandaemon Market. Shopping memang tak ingat jugak lah. Cecilia bawak ke tempat Brooch. Serius cantik! Dari berlagak masa kat Malaysia cakap, eleh, tak nampak Korea lah beli Brooch. Kat Masjid Jamek tu kan banyak. Tapi kat sana memang tip top. Memang cantik!!! So, beli banyak-banyak tau. Sampai sekarang rasa amcam menyesal tak beli banyak-banyak. Isk.












Next, ke dongdaemon, tempat sutera Korea. Seriously, tak mampu jugak lah beli sutera Korea ni. 1 meter sahaja dah 20 000 won, a.k.a RM60. Kalau 4 meter? Isk, RM240 tu. Tapi memang cantik lah. Berbaloi. Tapis aya Cuma ambil cotton Korea sahaja. Sweet. ( boleh lah buat time merisik nanti ;).
















Kemudian kami ke Doota Shopping Centre. Kat tingkat 5 adalah Duty Free Zone. Barang souvenir murahlah, berbanding kalau beli di Mount Seorak atau Nami Island. Belilah banyak-banyak kat sini untuk kawan-kawan dan family. Syok!







Sudah penat, mari dinner! Kat sini sangat happening. Kami dapat makan seafood noodle lagi. Sangat sedap. Dan juga pancake sayur. Yum! ~~oyin sudah penat~~












Mahu tengok juga ada apa di Seoul malam-malam begini. Jaid, kami menyusuri Jalan-jalan kedai kecil di sana. Macam KL juga. Cuma, terserempak dengan orang mabuk. Tapi tak kacau kami la. Macam yang biasa Nampak dalam dram Korea tu~~.



Sudah malam, mari tidur!






No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin