Sunday, June 19, 2011

Korea Part 3a : 4 June 2011 – Kimchi Making, Hanbok & Korean Strawberry

Kami dikejutkan dengan pemberitahuan bahawa Subuh adalah pada pukul 2.30 pagi. Pergh. Sangat awal. Sangatlah sukar untuk bangun sebab dah terbiasa bangun pukul 6 pagi di Malaysia. Breakfast pada pukul 7 pagi (kalau kat Malaysia, baru pukul 6 pagi kan?). breakfast ala ala western. Ada bacon, sila jangan makan, okey! Hanya makan scramble egg, pure orange jus, fries, salad and bread. So yummy. At the end of the food, there was a kimchi. Please noted, kimchi will always be in the menu of Korean people. For them, how good are the food, it wont taste good without kimchi. Sangat bagus lah.





Hentian pertama kami adalah Kimchi School yang jauhnya hampir 2 jam. Sudah tertidur pun bebudak ni. saya menikmati sepenuh hati permandangan Korea. Bukan senang mahu dapat, beb. Di sini, kami berpeluang membuat kimchi. Syok! Memula tengok si mamat korea tu buat kimchi. Ingredients untuk ‘sambal’ nya sangat kemalaysian. Siap ada shrimp paste which is equal to cencalok.












Huhu. Its taste so ggod. Sawinya sangat fresh dan besar dan cantik dan bersih, walau tidak dibasuh. Huhu. Sungguh enak dimakan begitu sahaja, percayalah!








Kemudian, kami di beri peluang unutk mencuba pelbagai jenis kimchi yang lain, beserta dengan ubi rebus. Sangat sedap makan ubi rebus dengan kimchi. Minum pula air susu ginseng. Yummy! Saya dan oyin, pun beli lah kimchi yang telah dipacked khas. 12,000 won harganya. Jangan convert kepada Ringgit Malaysia, sakit jiwa dengar harganya. Anggaplah rm12 je. hehe.




siap segalanya, boleh pakai hanbok sambil bergambar sakan! tidak dikenakan bayaran. namun saya yakin, travel agency mestilah ada bagi fees untuk segala benda ni kan. kalau tidak, macam mana mahu makan. menariknya, semua sudah termasuk dalam package kami! lenggang kangkung sahajalah sambil pakai Hanbok.


Mencuba Strawbery Korea sangat berbeza rasanya berbanding strawberry Cameron! Baunya dari jauh sudah sweet dan nice. Apatah lagi bila makan! Yummy! Sangat gemuk-gemuk strawberry nya. Namun, kami boleh petik sebanyak 5 sahaja. Alahai. Tapi rupanya kami dapat satu pack strawberry gemuk untuk setiap dua orang. Tak terhabis pun sebab gemuk sangat!




strawberry gemuk! sangat sedap!





2 comments:

kuks said...

bestnya dpt p korea...tingin nk rse kimchi tu tgok diorg mkn kt dlm drama mcm sedap je..ape rse dia?huhu

hanys said...

Rasanya pedas. Masam2 sikit. Masin sikit. Sejuk sbb mmg simpn dlm fridge kot. Rasanya unik.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin