Wednesday, June 15, 2011

Korea Part 1 : Perancangan


Macam mana boleh terfikir nak pergi Korea ni? oh, mestilah kerana kegilaan pada drama Korea, tengok tempat-tempat yang cantik dan sangat teruja nak melawat ke sana. Adinda Ain mengajak ke Korea, kami mencari tour agency yang ada buat trip ke Korea ni. banyak Cina punya travel agent yang mana agak lah murah sebab tak perlu bersusah payah mencari tempat makan yang tiada ‘pork’ dan tidak perlu bersusah payah perihal solat.



Google punya godek, kami jumpa A S Emad travel agency yang ada buat tour ke Korea. mulanya harganya agak mahal, dalam rm3500. Bila call, boleh dapat murah, bawah rm3000, bergantung kepada harga tiket kami nanti. Kebetulan, Air Asia ada buat sale pembukaan ke Korea, jadi kami dapat harga RM2950, dengan syarat kami tidak boleh tidak pergi sebab nama memang tak boleh tukar. Masa tu bulan 11, 2010. Hentam sahajalah. Tak tau kalau-kalau time tu ada project LIVE, harap-harap semua ok.



Kami mencari orang. Ada yang nak sangat pergi, akhirnya cancel. Memanglah sedih, tapi abaikan. Kami banyak deposit RM200, instead of rm800. Sebab company tu faham, agak sukar untuk mengeluarkan RM800 gedebuk begitu. Plus, A S Emad ni terletak di Meru, Ipoh. Jadi kami tidak deal secara berdepan muka, hanya melalui email dan telefon. Agak lah was-was, namun kami kuatkan hati sementelah sayrikat ni banyak juga buat tour Umrah. Plus, kami juga check account syarikat ni. dan hasilnya, Alhamdulillah tiada penipuan di sini.



Setelah bertungkus lumus, akhirnya trip dari KL hanya seramai 10 orang. Dan tambahan dari Ipoh, ada 10 orang juga. Meriah rombongan kami.




Segala persediaan pakaian, dan duit telah siap dibuat. Rata-rata dari kami tukar rm1500 duit Malaysia yang member kami lebih kurang 520, 000 won. Wow, separuh jutawan!

1 comment:

ankowada said...

cpt smbg..nak baceeeeee :)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin