Wednesday, June 29, 2011

Breaking Dawn

Sedang serius menekur pada Breaking Dawn versi Bahasa Melayu. FAJAR. lantaklah mahu bilang apa sebab mahu baca dalam Bahasa sendiri. hehe. menggerenyet. perkataan baru yang sentiasa ada dalam buku yang dialih bahasa, termasuk lah Harry Potter. bukunya tebal. mahu dekat 1000 muka surat. berat. tapi puas hati sebab dapat membayangkan semua yang terjadi. riak rupa setiap seorang dalam buku itu. serasa berada diantara mereka. boleh membayangkan betapa 'terbakarnya' Bella setelah bertukar menjadi puntianak. betapa cantiknya Renesmee yang membesar 2 cm setiap hari. sangat comel. sangat pintar. terasa-rasa dia memegang pipi. ternampak-nampak dia mengintai dari celah rambut ikal nya dengan bulu mata lentiknya tu. huh.

kemaruk.

sampai malam tadi mimpi jadi Bella. melompat dari satu pokok ke satu pokok. memburu mangsa pertama setelah bertukar menjadi puntianak. kagum dengan diri sendiri yang mempunyai kepantasan luar biasa.

akhirnya bangun pagi keletihan. keletihan menjadi Bella. aduh.

kemaruk.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin