Sunday, June 26, 2011

Apa kegemaran kamu?

Saya suka tengok cerita Korea. Drama, dan filem. Music video dan lirik nya. Saya akan pulun habis habisan bila tengok cerita Korea. Hadap sampai lupa makan dan tidur. Ketawa dan menangis sensorang.



Saya suka baca novel. Bila mood nak membaca datang, novel setebal 800 muka surat pun selamba hadap tak berhenti. Tapi sekarang, kena pandai bahagi masa dah. Takkan nak baca kat office pula. Rasa tak best dan tak syok. Lai-lagi dengan lokasi kedudukan yang tak cemerlang langsung ni. sebelum tidur, dalam kereta ( kalau Mar yang drive), tengah tunggu orang, boleh la baca. Jadi, sekarang ambil masa dekat dua minggu juga kalau nak habiskan satu novel.



Saya suka blogging. Blog hopper. Walau blog saya tak la dikomen orang pun, tapi seronok sebab dapat baca semula apa yang saya pernah tulis 2 tahun lepas. Peristiwa yang ala suam-suam kuku dalam ingatan, boleh di renew balik. Syok. Moga-moga cerita ini akan jadi satu kisah klasik untuk masa depan. Oh, rindu pulak kat Sheila on 7.



Tiga benda yang saya suka buat. yang kadang-kadang saya akan terkurang kan sikit aktivitinya sebab kerja dan hal-hal kehidupan yang lain.


Terfikir, lepas kahwin dan ada job scope baru nanti, masih ada masakah untuk semua di atas?

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin