Monday, June 13, 2011

Alhamdulillah ~ Thanks to the Almighty

Alhamdulillah.



Ayahanda semakin sihat. Semakin kuat berjalan ke kedai lepak dengan geng-geng nya. Tapi mak memang Nurse yang terbaik. Menjaga ayahanda sampai sihat. Lega rasanya.



Trip ke Korea selama 6 hari berjalan dengan baik. Semuanya berjalan lancar. Its such a wonderful trip. Rasa tak nak balik. Rasa mahu duduk di Korea lama-lama. Nanti saya akan ceritakan kemana destinasi kami ye!



Cubaan untuk career enhancement berjalan lancar setakat ini. Lepas satu tekanan. Moga-moga ada rezeki di situ. Sangat berharap sebab itulah main objective dari dulu. Namun, andai Allah mengatakan rezeki saya masih di sini, saya redha. Walau bagaimana pun, saya sudah buat yang terbaik, Berjaya tidak memalukan diri sendiri (hahaha, penting tu!).



Kawan karib saya dah pregnant. Seronoknya! Eh, orang lain yang mengandung, saya yang terlebih pula. Dia sahabat saya, kegembiraan dirinya, bermakna kegembiraan saya juga. Sangat happy! Bulan 1 tahun depan dah jadi ahjumma. Haha!



Tangga-tangga menuju kearah ikatan rasmi, semakin jelas. Semoga semuanya lancar. Semoga urusan kami ini dipermudahkan olehNya.



So, sekarang boleh la meng upload gambar Korea puas-puas. Boleh la nak cerita dari hari pertama sampai la saat tiba ke Malaysia semula. ^_^


Bolehlah layan cerita Korea semula.


Bolehlah sambung novel tebal 400 muka surat semula yang tergendala. huhuhuuuuuuuu.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin