Friday, May 20, 2011

Tiga prinsip mudah

Saya tak ingat saya pernah tak letakkan artikel berkenaan dengan perkara di atas. Ustazah saya ketika di MRSM Muadzam Shah pernah berpesan, dalam hidup ni, ikutlah prinsip berikut:



Andai ada buat silap dan salah, minta maaf lah. Walau berat mana perkataan maaf nak terkeluar dari mulut, tapi ia mampu meredakan kemarahan orang, andai di ucap dengan ikhlas dan fully regret.



Berterima kasih lah bila sesorang sudah menolong kamu berbuat sesuatu. Walau itu memang kerja dia, tapi tak salah kan kita ucapkan terima kasih. Mengucapkan terima kasih kepada toll gate girl memang agak kelakar, tapi kalau dia susah sangat nak ucapkan terima kasih, kita sahajalah yang berterima kasih sebab menyambut duit kita, kan? Bila orang berterima kasih, rasa kerja yang kita buat sangat dihargai, kan?



Gunalah perkataan tolong andai mahu minta pertolongan berbuat sesuatu, walau itu memang kerja dia. tak la orang tu rasa kamu dan dia mempunyai jarak yang terlalu besar. Walhal, Cuma kerana dan Assistant Manager je kan.



Apalah sangat perkataan Maaf, Terima Kasih dan Tolong tu kan? Tapi besar maknanya. Besar kesannya ke atas kehidupan orang lain.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin