Tuesday, May 17, 2011

semangat kerja

excited.



dapat kerja pertama memang excited. excited sangat. rasanya semua orang excited. lagi-lagi kalau dapat kerja yang kita memang nak.



masa mula-mula kerja dulu, excited sangat nak buat kerja, nak jawab phone call macam orang lain yang macam kat dalam TV tu. semangat tiap kali dapat assignment baru. semangat tiap kali dapat project baru. semangat tiap kali ada system nak live. semangat tiap kali ada meeting. semangat tiap kali mengutarakan permasalahan dan pendapat.



itu dulu.



sekarang? masih semangat. cuma semangat nya dah tak semangat 4 tahun dulu. agak pudar sedikit. peredaran masa, mungkin.



cerita tentang semangat, tidak pernah-pernah pekerja DBKL menyaman orang sepagi pukul 8, pukul 7.40pagi dah tercatuk depan kereta orang yang kerja shift kat HP, sedang sibuk mengisi buku saman. dalam seminggu juga lah macam tu. erm, budak baru la tu kot. semangat terlebih nak bekerja. masuk minggu kedua, dah tak ada saman pada pukul 8 pagi. semuanya start pukul 9 pagi. join senior pergi mamak dulu kot.



seorang staff entah dari department mana, berkeras nak masuk bilik CTO nak minta sign off. bila tanya untuk apa, dia sendiri tak reti nak sebut nama meeting. ok, budak praktikal kot sebab seems sangat tidak familiar dengan committee meeting. berkeras juga nak masuk dan dapat kan sign off secepat mungkin. apa ko ingat CTO tu macam staff level kamu kah? last-last, cakap masuklah jumpa CTO kalau berani. for your own sake, wait for his sectarary. baru nak blah. semangat sangat nak menyudahkan kerja sampai tak sedar sudah melampaui garis panduan.



saya mahu sentiasa semangat bekerja. sampai tua. mahu lihat semua aspek dalam bekerja adalah satu benda yang menarik dan menyenangkan.


dek kerana semangar jugak lah, saya dah kerja 8 hari straight tanpa henti..err kecuali khamis halfday sebab MC. isk. nasib ada Wesak.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin