Saturday, May 14, 2011

Pilhan yang ada

Bukan pilihan raya ye. Itu topic yang akan datang. Ini pilihan ke mana arah tuju selepas keputusan SPM keluar.


Ada yang mahu sambung ke tingkatan enam. Ada pro dan kotranya. Kena ambil STPM, yang mana kena melalui peperiksaan besar sekali lagi. Yang lagi susah. Yang menuntut lebih banyak kesabaran dan ketekunan. STPM di ajar oleh cikgu yang berlainan, di periksa oleh cikgu yang berlainan. Lelah lagi.


Ada yang dapat Matrikulasi KPM. Bukan senang juga. Dalam setahun, kena belajar segala benda. Kena pantas. Kena tekun berganda. Tiada istilah sudah merdeka. Matrik KPM lagi sakit. Persaingan ke ijazah sangat sengit. Andai pointer sekadar cukup makan, boleh dibuang dari Matrik KPM, jangan harap boleh sambung ijazah. Menapak semula buat diploma. Andai pointer 3.5, belum tentu dapat kursus yang diidamkan, kejuruteraan contohnya. 3.6 ke atas, ada kelebihan membuat pilihan kerana menjadi pilhan universiti. Bawah dari itu, kena lelong la jawabnya. Bukan sedikit rakan saya di MRSM yang cemerlang gemilang terbilang, yang gah masuk matrik KPM, akhirnya melarat ambil kursus ICT sahaja di UTM. Hajat dihati sejak masuk MRSM mahu jadi jurutera, beraji ribu-ribu. Namun, akhirnya dilelong begitu sahaja. Ramai juga yang ditawarkan kursus yang errr..tertanya ada guna ke kat Malaysia ni?


Pusat Asasi Sains UM pun tidak menjanjikan tempat di UM untuk bekas pelajarnya. Buruk result, out you go! ‘mengemis’ lagi demi mendapatkan tempat belajar.


Ada juga yang dapat tawaran Diploma, mungkin dari UiTM biasanya. Akan ada yang rasa, tak ada klass langsung nak ambil Diploma. Baik terus buat Ijazah, kan? Bagus juga ambil dilploma dulu. Rasa-rasa sudha lelah belajar, habis diploma terus lah kerja. At least, dah ada satu sijil. Keburukannya, bila dah sernok ada kerja, ada duit dan anda liability, hasrat untuk smabung ke ijazah boleh terkubur dan tersangkut di mana sahaja. Hati mahu kuat untuk terus sambung belajar ke peringkat lebih tinggi.


Bagi saya, Pusat Asasi UIAM adalah tempat paling selamat untuk mereka yang ingin sambung pelajaran. Namun masa diambil agak lama. Pelajar dari SPM yang terpilih masuk akan ke Pusat Asasi UIAM dahulu, samada bertempat di NIlai atau Petaling Jaya; bergantung kepada jenis kursus yang diambil. Minimum setahun, maksimum dua thun; andai tidak sangkut. Minimum setahun jika ujian Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris mencapai standard yang ditetapkan oleh UIAM. Berjaya dengan pointer minimum 2.5 di Pusat Asasi UIAM, sudah melayakkan ke Main Campus, samada Gomabk atau Kuantan; bergantung kepada kursus yang dipilih. Menariknya UIAM, andai ketika pusat asasi sudah ambil kejuruteraan, di main campus juga akan kekal. Kecuali nak bertukar kepada kursus lain. Tahun kedua, baru boleh pilih major yang nak di buat. contoh macam saya, tahun pertama sebagai pelajar Kuliyyah Economics and Management Sciences; belajar semua subjek yang asas. Tahun kedua, asas sudha ada, pilihan dibuat. Saya ambil Economics sebagai Major dan Islamic Finance sebagai minor. Dan terulah berusaha belajar sehingga tamat tempoh pembelajaran. Masuk UIAM umur 18 dan keluar pada umur 23 tahun. Sebelum keluar final result, saya sudah bekerja di Bank Islam, Alhamdulillah.


Untuk yang tidak Berjaya ke university dan matrikulasi, masih ada pilihan ke Kolej. Namun, pilhan kolej juga haruslah baik. Kolej Polytech MARA dan Kolej UIA juga bagus, saya rasa.


Pilihan banyak. Yang penting, niat dan hasrat untuk teruskan belajar mestilah ada. Keluarga juga haruslah membantu dan member dorongan.


Mana satu pilihan hati? Tepuk dada, tanyalah selera.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin