Monday, May 16, 2011

Muliakan hati, kata engku

Satu petang yang tak berapa nak best sebab cuaca panas dan jammed, engku called. Dia minta saya call cousin yang saya last jumpa masa dia berumur 8 dan 9 tahun. Sekarang dah 19 dan 18. Sepuluh tahun kemudian. Tinggal di Johor, memang dah agak lama terputus hubungan sebab mak nya bercerai dengan adik engku. Kemudian, adik engku pula meninggal dunia. Maknya dah kahwin lain, namun suami kedua juga meninggal dunia. Engku suruh saya tanya berapa nak duit dan suruh saya hulur dalam 300 untuk perbelanjaan masuk Uni. Saya terus tanya, mak nya tak ada duit ke nak bayar masuk UiTM? Engku cakap mak nya kerja tukang sapu sampah je. tapi hati saya masih mengomel-ngomel geram, nape saya yang kena. Engku cakap, muliakan sikit hati tu. nanti kita susah, tak ada siapa nak tolong.


Lepas solat magrib, saya terus telefon cousin tu. terus hati saya cair mendengar celoteh dia. ceritanya. Ramahnya. Terus saya hulur rm500 untuk pendaftaran UiTM. Jujur dia bertanya, nanti ayu kena bayar balik ke lepas habis belajar? Saya suruh dia anggap sebagai hadiah masuk Uni. Dengan syarat belajar elok-elok dan tidak buat hal. Keluar dengan Berjaya, dapatkan kerja elok, bela keluarga. Budak umur 18 tahun, dah cukup happy baginya.


Mudahnya Allah mudahkan hati saya untuk menghulur bantuan kepada Ayu. Terima kasih Allah. Terima kasih, Engku. beberapa hari lepas tu, saya dapat berita gembira yang saya dah tak mengharap pun saya dapat. phewww.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin