Tuesday, May 10, 2011

Buat Passport

alhamdulillah. siap juga passport akhirnya. dengann berkejaran nak balik kampung ekoran tetiba system nak LIVE tariknya sama dengan tarikh sepatutnya balik kampung. aduhai.

bertolak seawal 6.45 pagi ke Jabatan Imigresen di Pusat Bandar Damansara. sampai sudah hampir pukul 7.15 pagi. pergh. dah ada line beratur di luar JI. beratur la kami ni. masa tu la baru nak photostate IC. hulur je kat uncle tu, terus siap secepat mungkin. tengah beratur menunggu pintu JI di buka, ada la minah bukan Malaysia ni, bawak borang original warna hijau bercop 'PERCUMA'. saya dan oyin punya download dari internet sahaja. setahu saya, dibenarkan guna borang download, dengan syarat di print depan belakang. boleh minah tu cakap, borang kami tak laku sebab tak ada bar code. mintala borang yang ada pada dia, tapi dia kata bayar RM5 untuk upah tulis. gila betul, setakat tanda tick dan tulis nama dan alamat, minta RM5? memang nak kena la minah ni. saya keraskan hati sebab percaya pada laman web JI. kalau sampai atas dia tak bagi pakai yang download, siap la surat aduan ke Jabatan Menteri. huh.

7.40, pintu JI di buka dan kami diminta beratur untuk mengambil nombor. ambil nombor dulu ye. tengah beratur, ada pegawai tanya, siapa pakai borang download? saya jawab la. dia pun datang, bagi bar code. kan? boleh je guna borang download? hampeh punya minah bukan Malaysia. dapatlah nombor 12 dan tunggu la turn. nombor berjalan agak laju la, kecuali bila ada mereka yang buat untuk keluarga, satu nombor untuk 3 orang? isk. sabor je la.

pukul 8.30 nombor dipanggil, tapi ada masalah ngan MyKad pula. terpaksa turun ke JPN dan buat baru on the spot. nasib JPN tak ada orang. siaplah kad pengenalan sementara dalam 15 minit. ambil gambar baru sebab gambar lama memang dah 'out'. ayah pun siap cakap macam gamabr hantu baru bangkit dari kubur. ces.

naik atas semula, just jumpa dengan pegawai tadi. pukul 8.55 siap berurusan. bayar pada pukul 9.05 pagi. dijangka siap dalam satu jam. so, mari pergi makan. pukul 9.30 kembali semula sebab oyin punya siap pukul 9.30pagi. lepas nombor oyin, terus panggil nombor saya. eh? cepatnya? baguslah. belum pukul 10, semua dah setel. ain je lambat sikit siap.

kesimpulan nya, dapat buat passport dengan cepat andai kita tahu hak kita, syarat-syarat dan segala borang lengkap. tiada istilah birokrasi sebenarnya. peraturan adalah peraturan. dan dapat buat MyKad yang baru menggantikan yang dah rosak cip nya yang asyik bertangguh dari dulu. selamat semuanya. dua minggu lagi, boleh kutip MyKad baru. walla!

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin