Saturday, May 28, 2011

Engku

keluarga kami di uji lagi. kali ni ketua keluarga pula.

kencing manis yang engku biar selama sepuluuh tahun menunjukkan belang. aduhai. dengan degil tak nak pergi hospital mahupun check kat klinik, engku sanggup biar kaki dia bengkak sampai tak boleh nak berjalan. habis semua orang kat kampung datang pujuk dia pergi hospital. akhirnya, kami balik dari KL, pujuk engku supaya pergi klinik. hai, terpaksa buat ayat drama. barulah dia nak pergi. since klinik tutup, terus bawa pergi hospital. terus admit.

alhamdulillah, dah seminggu duk kat wad. dia makin sihat. wajah dah ceria dan bertenaga balik. apa tak nya, mak kata engku tak makan dah seminggu. hish.

selama seminggu, kami berulang alik dari KL ke Jerantut, sebab compassionate leave hanya boleh di ambil 2 hari, kemudian kerja dan ambil semula. bergilir-gilir dengan ain sebab kesian kat mak yang kerja juga. harap nya engku dapat sembuh segera. ameen.


selamat hari bapa, engku!

Friday, May 20, 2011

Tiga prinsip mudah

Saya tak ingat saya pernah tak letakkan artikel berkenaan dengan perkara di atas. Ustazah saya ketika di MRSM Muadzam Shah pernah berpesan, dalam hidup ni, ikutlah prinsip berikut:



Andai ada buat silap dan salah, minta maaf lah. Walau berat mana perkataan maaf nak terkeluar dari mulut, tapi ia mampu meredakan kemarahan orang, andai di ucap dengan ikhlas dan fully regret.



Berterima kasih lah bila sesorang sudah menolong kamu berbuat sesuatu. Walau itu memang kerja dia, tapi tak salah kan kita ucapkan terima kasih. Mengucapkan terima kasih kepada toll gate girl memang agak kelakar, tapi kalau dia susah sangat nak ucapkan terima kasih, kita sahajalah yang berterima kasih sebab menyambut duit kita, kan? Bila orang berterima kasih, rasa kerja yang kita buat sangat dihargai, kan?



Gunalah perkataan tolong andai mahu minta pertolongan berbuat sesuatu, walau itu memang kerja dia. tak la orang tu rasa kamu dan dia mempunyai jarak yang terlalu besar. Walhal, Cuma kerana dan Assistant Manager je kan.



Apalah sangat perkataan Maaf, Terima Kasih dan Tolong tu kan? Tapi besar maknanya. Besar kesannya ke atas kehidupan orang lain.

Tuesday, May 17, 2011

semangat kerja

excited.



dapat kerja pertama memang excited. excited sangat. rasanya semua orang excited. lagi-lagi kalau dapat kerja yang kita memang nak.



masa mula-mula kerja dulu, excited sangat nak buat kerja, nak jawab phone call macam orang lain yang macam kat dalam TV tu. semangat tiap kali dapat assignment baru. semangat tiap kali dapat project baru. semangat tiap kali ada system nak live. semangat tiap kali ada meeting. semangat tiap kali mengutarakan permasalahan dan pendapat.



itu dulu.



sekarang? masih semangat. cuma semangat nya dah tak semangat 4 tahun dulu. agak pudar sedikit. peredaran masa, mungkin.



cerita tentang semangat, tidak pernah-pernah pekerja DBKL menyaman orang sepagi pukul 8, pukul 7.40pagi dah tercatuk depan kereta orang yang kerja shift kat HP, sedang sibuk mengisi buku saman. dalam seminggu juga lah macam tu. erm, budak baru la tu kot. semangat terlebih nak bekerja. masuk minggu kedua, dah tak ada saman pada pukul 8 pagi. semuanya start pukul 9 pagi. join senior pergi mamak dulu kot.



seorang staff entah dari department mana, berkeras nak masuk bilik CTO nak minta sign off. bila tanya untuk apa, dia sendiri tak reti nak sebut nama meeting. ok, budak praktikal kot sebab seems sangat tidak familiar dengan committee meeting. berkeras juga nak masuk dan dapat kan sign off secepat mungkin. apa ko ingat CTO tu macam staff level kamu kah? last-last, cakap masuklah jumpa CTO kalau berani. for your own sake, wait for his sectarary. baru nak blah. semangat sangat nak menyudahkan kerja sampai tak sedar sudah melampaui garis panduan.



saya mahu sentiasa semangat bekerja. sampai tua. mahu lihat semua aspek dalam bekerja adalah satu benda yang menarik dan menyenangkan.


dek kerana semangar jugak lah, saya dah kerja 8 hari straight tanpa henti..err kecuali khamis halfday sebab MC. isk. nasib ada Wesak.

Monday, May 16, 2011

Muliakan hati, kata engku

Satu petang yang tak berapa nak best sebab cuaca panas dan jammed, engku called. Dia minta saya call cousin yang saya last jumpa masa dia berumur 8 dan 9 tahun. Sekarang dah 19 dan 18. Sepuluh tahun kemudian. Tinggal di Johor, memang dah agak lama terputus hubungan sebab mak nya bercerai dengan adik engku. Kemudian, adik engku pula meninggal dunia. Maknya dah kahwin lain, namun suami kedua juga meninggal dunia. Engku suruh saya tanya berapa nak duit dan suruh saya hulur dalam 300 untuk perbelanjaan masuk Uni. Saya terus tanya, mak nya tak ada duit ke nak bayar masuk UiTM? Engku cakap mak nya kerja tukang sapu sampah je. tapi hati saya masih mengomel-ngomel geram, nape saya yang kena. Engku cakap, muliakan sikit hati tu. nanti kita susah, tak ada siapa nak tolong.


Lepas solat magrib, saya terus telefon cousin tu. terus hati saya cair mendengar celoteh dia. ceritanya. Ramahnya. Terus saya hulur rm500 untuk pendaftaran UiTM. Jujur dia bertanya, nanti ayu kena bayar balik ke lepas habis belajar? Saya suruh dia anggap sebagai hadiah masuk Uni. Dengan syarat belajar elok-elok dan tidak buat hal. Keluar dengan Berjaya, dapatkan kerja elok, bela keluarga. Budak umur 18 tahun, dah cukup happy baginya.


Mudahnya Allah mudahkan hati saya untuk menghulur bantuan kepada Ayu. Terima kasih Allah. Terima kasih, Engku. beberapa hari lepas tu, saya dapat berita gembira yang saya dah tak mengharap pun saya dapat. phewww.

Saturday, May 14, 2011

Pilhan yang ada

Bukan pilihan raya ye. Itu topic yang akan datang. Ini pilihan ke mana arah tuju selepas keputusan SPM keluar.


Ada yang mahu sambung ke tingkatan enam. Ada pro dan kotranya. Kena ambil STPM, yang mana kena melalui peperiksaan besar sekali lagi. Yang lagi susah. Yang menuntut lebih banyak kesabaran dan ketekunan. STPM di ajar oleh cikgu yang berlainan, di periksa oleh cikgu yang berlainan. Lelah lagi.


Ada yang dapat Matrikulasi KPM. Bukan senang juga. Dalam setahun, kena belajar segala benda. Kena pantas. Kena tekun berganda. Tiada istilah sudah merdeka. Matrik KPM lagi sakit. Persaingan ke ijazah sangat sengit. Andai pointer sekadar cukup makan, boleh dibuang dari Matrik KPM, jangan harap boleh sambung ijazah. Menapak semula buat diploma. Andai pointer 3.5, belum tentu dapat kursus yang diidamkan, kejuruteraan contohnya. 3.6 ke atas, ada kelebihan membuat pilihan kerana menjadi pilhan universiti. Bawah dari itu, kena lelong la jawabnya. Bukan sedikit rakan saya di MRSM yang cemerlang gemilang terbilang, yang gah masuk matrik KPM, akhirnya melarat ambil kursus ICT sahaja di UTM. Hajat dihati sejak masuk MRSM mahu jadi jurutera, beraji ribu-ribu. Namun, akhirnya dilelong begitu sahaja. Ramai juga yang ditawarkan kursus yang errr..tertanya ada guna ke kat Malaysia ni?


Pusat Asasi Sains UM pun tidak menjanjikan tempat di UM untuk bekas pelajarnya. Buruk result, out you go! ‘mengemis’ lagi demi mendapatkan tempat belajar.


Ada juga yang dapat tawaran Diploma, mungkin dari UiTM biasanya. Akan ada yang rasa, tak ada klass langsung nak ambil Diploma. Baik terus buat Ijazah, kan? Bagus juga ambil dilploma dulu. Rasa-rasa sudha lelah belajar, habis diploma terus lah kerja. At least, dah ada satu sijil. Keburukannya, bila dah sernok ada kerja, ada duit dan anda liability, hasrat untuk smabung ke ijazah boleh terkubur dan tersangkut di mana sahaja. Hati mahu kuat untuk terus sambung belajar ke peringkat lebih tinggi.


Bagi saya, Pusat Asasi UIAM adalah tempat paling selamat untuk mereka yang ingin sambung pelajaran. Namun masa diambil agak lama. Pelajar dari SPM yang terpilih masuk akan ke Pusat Asasi UIAM dahulu, samada bertempat di NIlai atau Petaling Jaya; bergantung kepada jenis kursus yang diambil. Minimum setahun, maksimum dua thun; andai tidak sangkut. Minimum setahun jika ujian Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris mencapai standard yang ditetapkan oleh UIAM. Berjaya dengan pointer minimum 2.5 di Pusat Asasi UIAM, sudah melayakkan ke Main Campus, samada Gomabk atau Kuantan; bergantung kepada kursus yang dipilih. Menariknya UIAM, andai ketika pusat asasi sudah ambil kejuruteraan, di main campus juga akan kekal. Kecuali nak bertukar kepada kursus lain. Tahun kedua, baru boleh pilih major yang nak di buat. contoh macam saya, tahun pertama sebagai pelajar Kuliyyah Economics and Management Sciences; belajar semua subjek yang asas. Tahun kedua, asas sudha ada, pilihan dibuat. Saya ambil Economics sebagai Major dan Islamic Finance sebagai minor. Dan terulah berusaha belajar sehingga tamat tempoh pembelajaran. Masuk UIAM umur 18 dan keluar pada umur 23 tahun. Sebelum keluar final result, saya sudah bekerja di Bank Islam, Alhamdulillah.


Untuk yang tidak Berjaya ke university dan matrikulasi, masih ada pilihan ke Kolej. Namun, pilhan kolej juga haruslah baik. Kolej Polytech MARA dan Kolej UIA juga bagus, saya rasa.


Pilihan banyak. Yang penting, niat dan hasrat untuk teruskan belajar mestilah ada. Keluarga juga haruslah membantu dan member dorongan.


Mana satu pilihan hati? Tepuk dada, tanyalah selera.

Tuesday, May 10, 2011

Buat Passport

alhamdulillah. siap juga passport akhirnya. dengann berkejaran nak balik kampung ekoran tetiba system nak LIVE tariknya sama dengan tarikh sepatutnya balik kampung. aduhai.

bertolak seawal 6.45 pagi ke Jabatan Imigresen di Pusat Bandar Damansara. sampai sudah hampir pukul 7.15 pagi. pergh. dah ada line beratur di luar JI. beratur la kami ni. masa tu la baru nak photostate IC. hulur je kat uncle tu, terus siap secepat mungkin. tengah beratur menunggu pintu JI di buka, ada la minah bukan Malaysia ni, bawak borang original warna hijau bercop 'PERCUMA'. saya dan oyin punya download dari internet sahaja. setahu saya, dibenarkan guna borang download, dengan syarat di print depan belakang. boleh minah tu cakap, borang kami tak laku sebab tak ada bar code. mintala borang yang ada pada dia, tapi dia kata bayar RM5 untuk upah tulis. gila betul, setakat tanda tick dan tulis nama dan alamat, minta RM5? memang nak kena la minah ni. saya keraskan hati sebab percaya pada laman web JI. kalau sampai atas dia tak bagi pakai yang download, siap la surat aduan ke Jabatan Menteri. huh.

7.40, pintu JI di buka dan kami diminta beratur untuk mengambil nombor. ambil nombor dulu ye. tengah beratur, ada pegawai tanya, siapa pakai borang download? saya jawab la. dia pun datang, bagi bar code. kan? boleh je guna borang download? hampeh punya minah bukan Malaysia. dapatlah nombor 12 dan tunggu la turn. nombor berjalan agak laju la, kecuali bila ada mereka yang buat untuk keluarga, satu nombor untuk 3 orang? isk. sabor je la.

pukul 8.30 nombor dipanggil, tapi ada masalah ngan MyKad pula. terpaksa turun ke JPN dan buat baru on the spot. nasib JPN tak ada orang. siaplah kad pengenalan sementara dalam 15 minit. ambil gambar baru sebab gambar lama memang dah 'out'. ayah pun siap cakap macam gamabr hantu baru bangkit dari kubur. ces.

naik atas semula, just jumpa dengan pegawai tadi. pukul 8.55 siap berurusan. bayar pada pukul 9.05 pagi. dijangka siap dalam satu jam. so, mari pergi makan. pukul 9.30 kembali semula sebab oyin punya siap pukul 9.30pagi. lepas nombor oyin, terus panggil nombor saya. eh? cepatnya? baguslah. belum pukul 10, semua dah setel. ain je lambat sikit siap.

kesimpulan nya, dapat buat passport dengan cepat andai kita tahu hak kita, syarat-syarat dan segala borang lengkap. tiada istilah birokrasi sebenarnya. peraturan adalah peraturan. dan dapat buat MyKad yang baru menggantikan yang dah rosak cip nya yang asyik bertangguh dari dulu. selamat semuanya. dua minggu lagi, boleh kutip MyKad baru. walla!

Thursday, May 5, 2011

Hangit

I just realize these thing lately, since i read more on the Star and NST, probably.


We know Malaysia, so people from Malaysia called Malaysian(s).


From Johore, we called Johorean(s). I was get used to it since during my study, students from Johore called them as Johorean. Huh.


From KL? KLrean. Huh, habes urban la tu.


Kelantan? Kelantanis, i think.


Penang? It called as Penangite(s). Macam pengat. Haha.


Pahang? Pahangite(s). Hangit? Lorr, lagi kronik rupanya. Ces.

Tuesday, May 3, 2011

Lagi sebulan!

Lagi sebulan mahu ke Korea! Sudah tak sabar ni. mari cuba check checklist yang dah dibuat.







1. Passport. belum!! mpeh betul jabatan imigresen ni, mengada pula nak cuti hari Sabtu 30 Mei, sempena hari pekerja la konon nya. bikin hangin saja.


2 . Handbag yang boleh muat barang-barang. i love it so much, color merah you! cari sandal hawkeye color merah gak la.. :) Done!



3. Tukar duit. Not yet!



4. Packing baju. Mestilah Not Yet! Melampau sungguh kalau dha siap pack. Tapi senarai baju dan barang nak dibawah sudah siap!



5. List souvenir untuk di beli. Done!



6. Apply cuti. Done! Oh, dah approved pun. So sweet.



7. Full payment. Done!



8. Extra memory card. Done! Extra 8gb. So total 12gb. can snap up to 3000 pic with 4mb each. cukup tak eh?



9. Miniature perfume, SK II, ubat gigi, done!



10. suntikan vaksin, takut demam. erm. 22 hb kot buat. kena buat at least seminggu atau dua minggu sebelum pergi.





Apa lagi yang wajib dibuat, yang mana andai terlupa buat, atau sengaja tak buat akan effect kat sana? Belajar bahasa korea, rasanya dah terrer kot. Hehe.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin