Monday, April 4, 2011

What so great with branded stuff?

seriously, saya tertanya dengan diri sendiri. saya pernah beli branded stuff, which not so branded. still made in Malaysia, Carlo Rino, handbag worth RM4++, lepas diskaun masih kena bayar RM3++. it is worth? i dont know. mungkin sebab suka sangat dengan bag tu, buat saya best. tapi lama-lama, saya tak rasa worth pun bayar RM3++ tu. serius sayang duit. baru-baru ni jalan pi UIA, jumpa banyak handbag yang kualitinya agak bagus dan cantik. rasanya nak dapat design macam tu pada brand kat SOGO, tak dapat kot. harga RM25-RM30 je pun. worth!

barang lain, jam saya RM178 lepas diskaun bayar tak sampai RM60 pun. Jam RM30 tak boleh pakai la, nanti tangan berkudis. TV, Hifi, saya ambil yang standard je. LG berbaloi juga harganya, tak perlulah saya nak mengikut perkembangan sampai ambik Sony kan.

Jeans, saya rasa berbaloi je beli yang RM50. seriously, bukan saya tak pergi mencuba yang harga RM3++ tu. dah cuba, tapi tak rasa istimewa setanding harga dia pun. buat bontot lebih kecik? tak pun. agak-agak kalau bakar, dia akan hangus tak? rasanya tetap hangus macam jeand RM50 je. mungkin perasaan memakai barang branded lain kot.

mostly barang-barang yang ada kat dunia ni, harganya tak la sebagus fungsinya. paling mudah, IPhone. harganya gempak, fungsinya longlai je. namun mungkin kerana GAYA itu PENTING, ok.

bila berduit lebih, mungkin boleh la nak membeli sesuatu yang bernilai untuk diri sendiri. sekali sekala dibenarkan, asalkan selesai melangsaikan hutang -hutang terdahulu.

rasa takut bila ada tahu orang yang sanggup bergolok bergadai demi gaya. demi membeli hadbag beratus dan beribu, sanggup melicinkan simpanan. sanggup swipe kredit kad sampai habis limit. menakutkan.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin