Tuesday, April 5, 2011

Mengapa Jodoh belum sampai?

Serius, pertanyaan yang acap kali dah ditanya kepada empunya diri oleh orang sekeliling. Andai mahu ambl cuti lebih dari sehari. Mesti diaju soalan, mahu bertunang ke? soalan yang sama juga diaju pada diri sendiri. Juga kepada Dia.


Jawapan ada di depan mata sebenarnya. terang-terangan. Cuma terpulang pada diri mahu ambil itu sebagai jawapan atau tidak. Baca Solusi keluaran 29 yang agak lama terperap, tidak berkesempatan membelek. Huh, laman web hiburan sempat pula di belek hari-hari ye, hanis?


Topik utamanya, rumah tangga. Jadi, apabila diselak-selak dan diamati, ada jugalah topik diatas. Mengapa jodoh belum sampai? Tulisan Dato’ Dr Fadzilah Kamsah.


Antara isi kandungan,


ü Jodoh dan maut ditangan Allah. - Andai belum ada, Allah belum memberi lagi.


ü Percaya pada Qada’ dan QadarNya. - Siapa pun akan tahu hal ini kan?


ü belum focus. Hati berbolak balik. Tidak berapa tetap mahu berkahwin. Kadang-kadang mahu. Kadang-kadang tidak. Kadang-kadang rasa seronok ada pasangan. Kadang-kadang rasa sangat selesa bersendirian.



ü hati belum bersih – kita tak tahu sebersih mana hati kita ni. saya pun tak tahu. Bersih ke tidak. Rasa kononnya dah bersih. Namun, masih ada sisa hitam yang kita tak nampak. Yang mampu membesar. Nauzubillah.



Baru-baru ni balik kampung. Makcik sekeluarga baru balik dari Umrah. Mak cakap, makcik doakan saya dan adik kahwin cepat. Mudah-mudahan dipermudahkan semuanya, amin. Bila saya jumpa dia, dia cakap la hal –hal kahwin ni. saya pun tersengih-sengih, berilah sebab-sebab di atas. Heh. sorry makcik!



p/s: reading Solusi price RM9.00 is far far far worth than reading Cosmopolitan worth RM5.50!

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin