Monday, April 25, 2011

KL International Book Fair 2011 ~ Pesta Buku







Nama pun Pesta kan, memang berpesta sakan la ngan buku-buku. Memang hactic, memang happening. Rasa best sangat ada Pesta Buku macam ni, macam-macam boleh beli. Macam-macam boleh dapat dengan harga murah, bagi diskaun lagi. Memang berbaloi-baloi penat.



Pergi pada hari kedua, 23 April pada pukul 11.30 pagi. tengok orang dah ramai juga yang nak balik, tapi mestilah lagi ramai yang nak pergi. rupanya pagi-pagi ada launching buku "doctor in the House', oleh Tun Mahathir. Karangkraf punya tempat paling besar. gila, dapat dewan yang biasa buat persidangan UMNO tu. memang besar la. memang puas hati. dalam tu semua barang Karangkraf, dengan Buku Prima, Majalah-majalah, Alaf 21. Puas hati betul. cari la buku Ramlee Awang Mursyid dan majalah Nur. hajat hati mahu buat langganan, tapi mungkin pergi lain kali la.

Tapi tempat pertama-tama harus pergi, mestilah mencari Jemari Seni. ramai gila manusia. buku dah la murah. untuk tahun 2010 dapat diskaun 30%, untuk yang baru masuk, dapat 20%. memang tak menang tangan memilih buku. yang pastu, Langsir Biji Remia dari Noor Suraya harus menjadi milik saya!

tips untuk ke Pesta Buku, carilah parking di Pekeliling dan naik Lrt sahaja. parking pun murah, RM4 je, parking pun ada, tak sesak. jalan depan PWTC sangat corwd sebab ada construction. isk. Pizza Hut dan McD masa lunch tak tahu nak cakap apa la penuhnya.

untuk yang belum menjengah, jengahla sekejap. banyak pilihan bahan bacaan unutk seisi keluarga. tak rugi bershopping buku!

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin