Wednesday, April 27, 2011

Kerja atau Kerjaya?

Seringkali kita dengar orang cakap, carilah kerjaya, bukan kerja.



Apa erti Kerja? Kita bekerja hari-hari. Cukup bulan dapat gaji. Kalau nak Raya, dapat gaji awal sikit. Kadang-kadang la. Itu kerja. Kita di bayar mengikut apa yang kita kerjakan. Kerja apa sahaja, kita buat. kalau nak gaji banyak, buat kerja banyak. Atau cari kerja lain. Tak kisah apa pun kerja nya, yang penting RM, RM. Kerja tidak memerlukan hati. Buat sahaja. For the sake of income. For the sake of family. Kita tetap akan buat kerja walau tidak minat dan menyampah.



Kerjaya? Orang mentafsirkan Kerjaya sebagai Kerja yang Berjaya. Kerja yang Berjaya dimiliki dengan hasil penat lelah atau kerja yang Berjaya dilunaskan dengan perasaan gembira? Mana-mana pun ada maksud yang tersendiri dan berbeza, pastinya. Ada yang rasa, bila sudah ada pangkat yang tinggi, wah, awak ada kerjaya yang hebat.



Zaman sekarang, Kerjaya ditafsirkan sebagai kerya yang awak suka, yang mana kalau kita suka, kita akan pastikan ia nya Berjaya. Lalu menjadilah kerjaya.


Saya tidak kisahkan matawang sangat, walau itu pun penting sebenarnya. namun, kerja yang saya suka mungkin tidak member imbuhan kewangan yang banyak, namun mampu memberi imbuhan intelektual dan kegembiraan dunia dan akhirat.


Jadi, pilih yang mana? Berfikir sejenak, buatlah keputusan.



p/s: harap-harap saya dapat kerja di situ, di tempat yang diidam-idamkan.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin