Sunday, April 3, 2011

Checklist ke Korea

Lagi 2 bulan untuk ke Korea!
Tak sabarnya. Dalam sibuk-sibuk, cuba juga update check list untuk trip ke Korea ni. almaklumlah, pertama kali nak ke luar negara. hehe. memang dah berhajat, andai nak pergi ke luar negara, nak sangat ke Korea. lain-lain negara, selepas ke Korea ye.
Jalan-jalan di blog orang, terjumpa la beberapa tips. tapi ni memang checklist yang saya buat berdasarkan tips dan pembacaan
1. Tukar duit MYR kepada WON siap-siap. ada juga survey money changer. sekarang matawang Korea dah murah sikit. so, boleh la tukar sikit-sikit. tapi kat Pusat Bandar Damansara tu agak mahal dia jual. Beli Rm2.50 tapi jual RM2.90. ces. mungkin sebab kat HELP Uni tu ramai Korean kot. agak-agak tukar kat Masjid Jamek mesti murah kan, sebab situ ramai Bangladesh. hehe.
2. Cari senarai barang yang 'must buy' siap-siap dalam internet. nanti takla kat sana terkebil-kebil nak beli apa. nak sangat beli sesuatu yang tidak mungkin akan jumpa di Malaysia. tapi hanbok agak mahal harganya. lagipun nak pakai bila. Hari raya? mahu kena hambat ngan Uwan nanti. isk. beli doll hanbok mesti sangat adorable and worth kan.
3. Prepare baju siap-siap untuk pakai. saya akan pergi untuk 6 hari dan 5 malam. berjalan sehai suntuk, mestilah agak rimas. tapi takkan nak tukar baju pagi dan petang kan. jadi, saya dah buat schedule untuk baju, dan kira berapa helai kena bawa. cuma agak ragu-ragu, awal bulan 6 tu berapakah suhunya? kalau 36 macam kat malaysia, t-shirt longsleeve dan jeans sudah memadai. tapi kalau suhu dalam 23? isk.. sejuk tu. stokin kena bawak juga. sandal dan kasut haruslah yang sesuai agar kaki tak melecet, haus dan penat berjalan. Hawkeye mesti sesuai kan? stylish dan cozy. erm. harga pun dalam range Rm70 je..
4. Beg sandang/galas/handluggage/handbage/ sling bag haruslah all in one. so, kenalah cari beg yang agak oversive, dan boleh sling kan agar bahu saya tidak bengkok sebelah selepas pulang bercuti. sebenarnya dah ada beg apa nak dibeli, tapi masih survey. kot-kot ada beg yang sama kat masjid jamek. dari harga rm300, jadi rm30 je ke. hehe. tapi takut beg rm30 tak tahan berat. dalam beg tu nak letak mineral water, kamera, handphone, alat makeup (sebab sepanjang hari akan keluar jalan, kena touch up selalu), bekalan ubat, telekung dan barang-barang picisan yang lain. banyak tu.
5. Rasa macam kena beli extra memory card untuk kamera, takut nanti dah full sebab asik ambil gambar. ye, saya camera freak. dahla pertama kali nak ke luar negara yang indah permai. dan juga extra baterry untuk samsung galaxy s tu. mana tau, battery low. susah tu.
6. Yang paling mestilah buat passport. ada pulak nak pi Korea tak buat passport. yang tu kenalah merancang hari yang betul-betul sempurna. kalau tidak, berpeluhlah ketiak tunggu kat Jabatan Imigresen Pusat Bandar Damansara tu. kena datang awal-awal pagi, dalam kul 7. buat gambar dan passport, kemudian terus ke office. jimat cuti. almaklumlah, cuti ke Korea dah makan 6 hari. mandatory leave terus.
7. Hari tu ada terbaca dalam suratkhabar tentang keperluan untuk mengambil vaksin sebelum ke luar negara. sebelum ni sangka untuk ke negara yang bermasalah je perlukan vaksin. rupanya kita dinasihatkan untuk ambil vaksin sebulan sebelum ke luar negara ke mana-mana negara. ini untuk elakkan kita demam. satu suntikan biasanya RM60. tak boleh pakai kompeni punya medical benefit ye. saya ni jenis sensitif terhadap pertukaran cuaca, jadi haruslah ambil sebelum saya collapse demam sampai tak dapat menghayati Korea. jadi, saya plan nak ambil suntikan awal bulan 5. ia ambil masa sebulan untuk jadi antibodi badan. kalau ambil seminggu sebelum, kureng la effectnya.
8. Cari kamus bahasa Korea agar tidaklah janggal bila nak minta kurang dari Ahjumma. tips dari bloogers, jangan cakap bahasa Jepun walau tahu bahasa Jepun dan Korea hampir sama. memang kena harga tinggi sebab Jepun matawang nya lagi tinggi.. cakap sahaja dari Malaysia, diorang akan bagi kurang, kan Ahjumma?
Lain-lain checklist, saya akan update dari masa ke semasa. sungguh tak sabar ni.

1 comment:

Waniwisy said...

bestnye dapat pegi korea? nak kirim fridge magnet boleh tak??

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin