Sunday, March 27, 2011

Perikemanusian

Hari rabu malam khamis, on the way balik rumah, kami ikut Jalan belakang yang tak ada bonggol dan gelap. tetiba ada seseorang melambai-lambai pada kami. Saya perasa, budak baju oren, bertongkat dan macam cacat dimulut. Saya berhentikan kereta agak jauh. Dia Jalan ke arah kami. Takut sebenarnya. dia minta kitorang hantar dia ke rumah yang kami tak tau ke mana. Saya tanya, siapa hantar tadi. Ada orang hantarkan. Saya suruh panggilkan orang untuk ambil. Dia cakap, tolonglah akak hantar. Siapa yang tidak kesian?? Saya masih berperikemanusiaan. Tapi rasa takut mengatasi segalanya. Saya banyak mengikut kata hati. Hati saya berdebar sebab ketakutan. Jadi, saya minta maaf kat dia sebab tak dapat hantar. Dalam masa yang sama saya rasa sedih kalau dia betul-betul cacat dan memerlukan bantuan.

Ottoke?

2 comments:

s a L o m a said...

seram gila!apa budak tu buat kat lorong belakang??heeeeee...dah la banyak dapat email yg diorang guna taktik macamni la,lepastu ada geng tunggu kat mana2 nak rompak la rogol la apa la segala.serius bahaya ok!

tapi kalau dia betul2 perlukan pertolongan,kesian la jugak..aishhhhhh.. :/

hanys said...

betull. kesian sangat kalau betul2.. rasa bersalah tu menghantui jugak ler.. :(

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin