Wednesday, March 9, 2011

Paku dan Kayu

Pernah baca Chicken Soup for Teeen, Soul or Life? Ada banyak versi Chicken Soup. Untuk keagamaan, untuk kehidupan. Ketika zaman muda remaja, saya banyak baca Chicken Soup. Tak kira dalam bahasa inggeris atau Melayu. Saya rasa Chicken Soup banyak mempengaruhi kehidupan saya. Saya meletakkan prinsip, berdasarkan Chicken Soup yang saya baca dan ‘hadam’. Paling saya hargai adalah cerita tentang ‘Paku dan kayu’.

Ada seorang budak yang baran. Sangat pemarah. Bila-bila nak marah, dia akan maki sesiapa sahaja tanpa peduli perasaan orang lain. Bila dah ok, dia akan meminta maaf. Dengan harapan keadaan akan kembali ke sedia kala.

Suatu hari ibunya memberi nya paku dan sebatang kayu beroti. Kata ibunya, bila-bila dia marah, jangan dilepaskan kepada orang lain yang tak bersalah, mahupun yang bersalah. ibu nak awak ketuk paku ni puas-puas ke dalam beroti yang ibu sediakan. Begitulah yang dibuat oleh budak baran tersebut. Sampai lah pakunya habis dan dia tidak marah lagi. Ibunya kata, bagus. Awak tak lepaskan marah pada orang. Sekarang mari kita cabut paku-paku tersebut. Selesai cabut paku tersebut, terlihat banyak lubang-lubang yang dalam dan kasar pada beroti tersebut.

Kata ibunya, lihat, inilah kesan amarah awak kepada orang yang awak lemparkan kemarahan. Walau awak memberi ucapan maaf atau memujuk atau membiarkan mengukut edaran masa, lukanya tetap ada. Lukanya tetap dalam dan kesan parut akan kemarahan tersebut tidak akan hilang.

Saya dulu seorang yang baran dan perengus. Tanyalah pada ibu bapa saya. Mungkin penangan sebagai ‘anak guru besar’ membuatkan saya sangat mengada-ngada. Saya pernah sepak kawan sekolah saya ketika darjah 4. Saya pernak lempang kawan sekelas ketika form 1 di MRSM MZMS. Hanya kerana diorang ganggu saya membuat kerja sekolah.

Kemudian, saya dihidangkan dengan cerita-cerita Chicken Soup. Paku dan kayu adalah yang paling terpahat dihati. Baru saya sedar, saya tak boleh ikut baran saya seorang. Saya tak boleh marah orang yang tidak bersalah. saya tidak boleh moody kepada orang yang tidak sepatutnya. Sebab lukanya tidak akan sembuh. Orang akan ingat apa yang kita pernah buat. sebab itu, sedaya upaya saya cuba senyum dan bergelak ketawa dengan orang lain, walau baru sebentar tadi saya geram sangat dengan seseorang. Saya tak nak ada orang lain terluka kerana saya.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin