Saturday, March 12, 2011

Mari berbelanja berhemah

Kebelakangan ini, kerap benar orang mengadu harga barang naik. Harga minyak naik. Semuanya salahkan kerajaan. Masing-masing tak mahu tanya sebab mengapa hal ini boleh berlaku. Sebenarnya tak mahu tahu sebab tahu bila tahu, akan berbalik pada diri sendiri.

Orang cakap dah tak mampu nak survive. Tapi survive bayar kerta mahal boleh pula. Memangla harga minyak naik. Tapi sebab apa? Sebab pergolakan kat Mesir dan negara-negar utama yang membekalkan minyak. Tapi kena sedar jugalah, harga minyak yang naik bukan semua. Cuma RON97 sahaja. Minyak untuk kereta yang mahal dan ber cc besar. Kereta saga masih pakail RON95 yang masih berharga sama. Naik pun, masih sedikit. Sepuluh sen sahaja. Berpadalah. Dah tahu minyak mahal, banyak cara efisen untuk mengurangkan penjimatan minyak. Ini tak, lepas bongol tekan minyak laju-laju. Emduain brek mengejut sebab depan bonggol lagi. Padan muka. Alhamdulillah, minyak saga comel saya tu isi penuh RM50 boleh jalan sampai 400km. hampir bersamaan dengan 10 hari pergi dan balik kerja. Ada orang sanggup ikut jalan jauh sebab tak mahu kena tol. Kalau dah jalan jauh tak jam, tak apa lah. Tapi jalan jauh jam, minyak pun makan parah juga. Pi mai pi mai tang tu juga. Kadar tol tak berubah, tapi minyak boleh naik harga kan.

Kalau shopping saya akan senaraikan apa yang nak dibeli. Letak harga sekali. Biar sedar mahal sungguh barang yang nak dibeli tu. agak-agak perlu tak? Kalau dapat yg lagi murah, satu bonus. Biarkan kertas tu cukup-cukup muat je, nanti tak la ada tangan yang gatal menambah barang lagi. Buat total. Bila bayar nanti, kalau terlebih, check la details dalam slip tu. kalau lebih murah, boleh datang lagi. ^_^

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin