Sunday, March 6, 2011

Dream High



Drama terbaru yang saya tengah hadap di KBS World sekarang. Dah nak habis pun. Setakat entry ini di tulis, dah sampai episod 11. Tapi di KBS Korea, dah tamat pun. Seboleh-bolehnya cuba untuk tidak peak kat internet. Hehe. Rasa suka bila ternanti-nanti apa yang akan terjadi.


Dream High, kata orang kisahnya macam Glee versi Korea. Ada sekolah seni, Kirin Art School yang mana hanya mengambil mereka yang betul-betul talent untuk jadi pelajar. Kemudian akan ada entertainment agency untuk pilih mana-mana dari mereka untuk debut jadi artis. Ada tiga pelajar yang kemasukkannya adalah berdasarkan kredit dari ex-principal yang mana dibenci oleh current principle. Tiga pelajar yang tidak tahu diri mereka berbakat besar. Jing Guk (Taec yoon, 2PM), Hye Mi (Suzy, Miss A) dan Sam Dong. Kemudian ada Pil Suk (IU yang comel GILE) yang suara best gila, tapi gemuk gila juga. So, semua kena masuk ‘ordinary track class’. Class yang tak boleh perform dance, sing or what ever berkenaan dengan art. Tapi Cikgu Kang memang happening, collobarate dengan cikgu JYP, so dorang boleh berlatih di luar tanpa kena tangkap.


Cerita ni menarik sebab bukan typical cerita cinta Korea. Tak banyak pun kisah cinta, Cuma cinta Sam Dong kepada Hye Mi yang nak kat Jing Guk. Yang lain lebih kepada self esteem, team building, challenge dalam entertainment. Kita boleh tengok reality bagaimana entertainer Korea survive di sana. Bukan bergantung kepada rupa semata-mata. Semuanya kena bekerja keras untuk terus hidup. Dalam group, tidak semua ahlinya jadi demand untuk perform/ interview atau CF. kalau tiada persona, memang susah nak naik.


Sukanya cerita Korea, ia mengajar bahawa, hati bersih akan dapat balasan yang baik. Walau pada awalnya mungkin ada hasad dengki, tapi kalau sedar apa yang dibuat tu salah dan berusaha untuk jadi yang lebih baik, tiada masalah.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin