Saturday, March 5, 2011

Andai ada sesuatu berlaku dalam kehidupan, semuanya ada ‘share’ masing-masing

Saya nak berkongsi satu cerita. Bukan untuk menakutkan atau mengugut sesiapa. Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan juga kawan-kawan yang lain.

Beberapa tahun yang lalu saya ada terbaca satu surat di satu ruangan (lupa ruangan apa), di surat khabar Mingguan. Surat itu ditulis oleh seorang ibu kepada 3 orang anak yang cacat pendengaran dan penglihatan.

Mulanya dia menerima dengan redha dengan anak pertama yang cacat pendengaran, kemudian cacat penglihatan. Namun kelahiran anak ketiga yang juga menghadapi masalah yang sama membuat dia snagat sedih. Lantas semasa dia di Makkah, dia terjumpa seorang pakcik yang menegur kenapa dia sangat sugul. Ibu tersebut menceritakn betapa sedihnya dia bila anak-anak nya pulang dari sekolah bercerita tentang mereka di ejek dna dicerca kerana kecacatan mereka. Pakcik tersebut meminta dia berfikir kembali apa yang pernah dia lakukan ketika zaman muda remaja.

Lantas ibu tersebut teringat dengan apa yang dia lakukan ketika dia di zaman Universiti. Dia tinggal serumah dengan 6 orang gadis lain. Mereka selalu bersama, namun terdapat lagi 2 orang gadis yang selalu menghilangkan diri bila malam. Tiap-tiap malam, seusai habis kelas atau makan malam mereka apsti hilang. si ibu ini dan kawan-kawan nya adalah anak orang berada, jadi kehidupannya tidakmerasa susah dan tidak kenal pun erti susah. Mereka pun mengikut dan cuba mengintai 2 gadis tersebut. Mereka dapat tahu 2 gadis tersebut bekerja di kedai dobi sepanjang malam untuk menampung hdup di Universiti. Si Ibu dan kawan-kawan ni sangat-sangat merasakan perkara tersebut suatu yang kelakar lantas menyebarkan kepada umum bahawa 2 gadis tersebut bekerja sebagai pekerja dobi. Sunggguh malu 2 gadis tersebut sebab semua orang memandang rendah kepada mereka. Mereka juga amat malu sampai mengambil keputusan untuk pindah rumah. Sebelum pindah, mereka sempat cakap, nanti kau akan rasa macam mana dimalukan. Masa berganti. Si ibu grad, bekerja dan berkahwin.

Dan lahirlah anak-anak yang tidak sempurna deria nya. Barulah si Ibu rasa begaimana rasanya dihina dan dicerca serta dimalukan sepanjang hidup, sepertimana yang dilalui oleh 2 gadis tersebut, begitulah yang dirasai oleh anak-anaknya.

Dalam surat tersbuka tersebut, si ibu menyebut dengan jelas tahun dia belajar, dan nama 2 gadis yang pernah dia malukan untuk memohon maaf dengan apa yang pernah dia lakukan.

Sampai sekarang saya terasa-rasa lagi dengan apa yang saya baca. Besarnya kuasa Allah, dibalas bukan straight kepada si Ibu, tetapi kepada anak-anak.

sebab itu, kalau dalam family saya, sesuatu berlaku, saya akan cakap bukan salah dia. satu keluarga ada ‘share’ masing-masing. Samada Allah nak bagi ujian, atau hukuman terhadap apa yang pernah kita buat. Wallahualam.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin