Thursday, March 31, 2011

blogging via android!

kesumat

Saya bukan pendendam. Rasanya lah kot.

Tapi, saya rasa saya menyimpan dendam pada dia. lepas kejadian ‘korea’ tu, saya terus hilang kepercayaan pada dia. terus terang saya tak boleh nak berbaik sangka pada dia seperti dulu.

dulu saya banyak dengar cerita dari dia pasal family dia, pasal mak dia yg tak suka husband dia. saya percaya la, sebab saya tak rasa dia akan menipu.

tapi, kemudian, satu-satu perangai dia terbongkar, mmembuatkan saya buat kesimpulan, dia suka memperbesar sesuatu perkara yang kecil dan belum tentu betul.

Saya rasa, bila dah tak suka orang ni, satu-satu perangai buruk dia yang dulu kita boleh tolerate, kita akan ambil kira. Saya cuba sedaya upaya untuk tidak menjadi batu api, minta dijauhkan.

Apa yang boleh saya buat sekarang, duduk diam-diam. Cuma berurusan bila perlu.

Huh.

Monday, March 28, 2011

So Nyuh She Dae a.k.a Girls Generation

First Row: Yuri, Sunny, Seo Hyun Second Row: Tae Yeon, Yoona, Tiffany Third Row: Jessica, Soo Young, Hyo Yeon

I love So Nyuh Shi Dae. A Lot. SNSD also known as Girls Generation. They got 9 members which represent the ninth group of their agency, SM Entertainment. Their age are between 18 to 21. Interesting about this group, they are not known each other, but they are totally separate entities. but most of them are the trainess at SM entertainment either for 6 moths or 6 years.


Tae Yeon is the leader. She is the shortest. But i think she has the great voice. She got the charismatic of leader.


Hyo Yeon is the dance leader. oh, i love her so much. When i first fall in love with this SNSD, i first fall in love with Hyo Yeon. Her beauty catch my eyes first, then Yuri. hehe. then, i start googling about her. she's so funny and carefree. she got her own personlaity. unfortunately, she got less airing time, compared to others.


Seo Hyun is the maknae a.k.a the youngest. people said she's the preetiest one. is that true? but she's got Korean beauty. i think Korean love that kind of beauty.


Jessica, i'm not so into her. haha.


Soo Young, the tallest one. her leg is absolutely gorgeous.


Sunny, amaze with her vocals. people said she's not so preety. but she got the most kind hearted. i guess it so, coz it can be seen in Hello Baby.


Yuri, she's pretty and fun and loving.


Yoona, 'twin' to Yuri. they are so fun and loving.


Tiffany, i think she's the preetiest. he hair is balck. she's grown up at US. her english is good, compared to others. she got a problem with dance, i think. hehe.


so, did i make a comments for all? yes. they are the loving SNSD. and i'm the Sones.

Sunday, March 27, 2011

Perikemanusian

Hari rabu malam khamis, on the way balik rumah, kami ikut Jalan belakang yang tak ada bonggol dan gelap. tetiba ada seseorang melambai-lambai pada kami. Saya perasa, budak baju oren, bertongkat dan macam cacat dimulut. Saya berhentikan kereta agak jauh. Dia Jalan ke arah kami. Takut sebenarnya. dia minta kitorang hantar dia ke rumah yang kami tak tau ke mana. Saya tanya, siapa hantar tadi. Ada orang hantarkan. Saya suruh panggilkan orang untuk ambil. Dia cakap, tolonglah akak hantar. Siapa yang tidak kesian?? Saya masih berperikemanusiaan. Tapi rasa takut mengatasi segalanya. Saya banyak mengikut kata hati. Hati saya berdebar sebab ketakutan. Jadi, saya minta maaf kat dia sebab tak dapat hantar. Dalam masa yang sama saya rasa sedih kalau dia betul-betul cacat dan memerlukan bantuan.

Ottoke?

Thursday, March 24, 2011

Kucing boleh duduk dalam tayar kereta.

Serius menakutkan sebab pagi tadi ada anak kucing duduk atas tayar kereta Marissa sebelum kitorang pergi kerja. Nasib baik Marissa memang si gadis kucing sangat determine untuk terus mencari sampai sanggup bukak hood kereta yang penat kitorang korek-korek macam, mana nak buka menda alah tu.bila check dalam tayar, there you are little naughty kitten. Terus Marissa letak dalam kotak peti surat. Sebab hujan kot, tu yang dia rasa masyuk je duk tepi tayar yang panas tu. esok pagi, kau duduk dalam tayar saga plak ek.. penat kami nak cari.

Sunday, March 20, 2011

oh! dream high

kecewa.

kenapa Hye Mi tidak bersama Jing Guk?

kenapa Hye Mi dengan Sam Dong?

huh.

dah nasib, bukan producer.

hakikatnya JYP lah pengarah dan producer.

huh.

Sunday, March 13, 2011

Harus Beli di Korea

Saya banyak buat research apa nak dibeli di Korea nanti. Takut culture shock, habis semua benda dibeli tanpa sedar ada kat Malaysia juga. Awal-awal lagi saya dah register di Korea Tourism Organisation (KTO).

Macam-macam ada disini. Kalau nak pergi Korea berdua, dan tidak pernah pergi, siap ada Goodwill Volunteer untuk temankan perlancongan kita. Tak perlu bayar apa-apa, cuma support la segala fee, entrance dan makanan mereka. Menarik kan?

Kat sini juga ada segala maklumat berkenaan public transport di Korea. Bermacam-macam maklumat mengenai perlancongan di Korea. Boleh tahu semua event yang bakal dijalankan sepanjang tahun. Korea ni ada bermacam-macam jenis sambutan perayaan. Menarik.

Info pasal apa harus di beli juga ada. Siap dengan tempat sekali. Range harga juga disertakan sekali. Jadi, insya allah, boleh dijadikan sebagai panduan untuk trip ke Korea nanti.

Semak punya semak, saya suka sangat dengan tips shopping yang diberikan. Souvenir yang sangat best unutk dibawa balik. Rasanya, saya akan beli setiap satu souviner yang ditawarkan. Hehe.

Paling comel dan memorable adalah ‘embroidered mobile phone accessories ‘. Ala, macam aksesori handphone di Malaysia juga, Cuma disediakan dalam bentuk Korea. Erm, tak sabar nya. Boleh la tukar-tukar aksesori handphone nanti. Lagi best kalau dapat aksesori phone hanbok. Boleh buat souvenir untuk kawan-kawan di Malaysia juga since range harganya adalah dibawah 5000won ( lebih kurangRM3-RM13).

Yang menarik-narik perhatian saya juga adalah ‘Norigae (a traditional ornament worn by women) ‘. Walau kegunaannya adalah ketika pakai hanbok, tak salah rasanya saya jadikan sebagai simpanan, sebab sangat cantik. Handmade silk folding fans pun adalah aksesori wajib, sementelah bulan Jun adalah musim panas di Korea. Hehe. Kalau mahal, ambil folding fans yang biasa sahaja, dengan bendera Korea atau lambang yinyang pun sudah memadai kan?

Saturday, March 12, 2011

Mari berbelanja berhemah

Kebelakangan ini, kerap benar orang mengadu harga barang naik. Harga minyak naik. Semuanya salahkan kerajaan. Masing-masing tak mahu tanya sebab mengapa hal ini boleh berlaku. Sebenarnya tak mahu tahu sebab tahu bila tahu, akan berbalik pada diri sendiri.

Orang cakap dah tak mampu nak survive. Tapi survive bayar kerta mahal boleh pula. Memangla harga minyak naik. Tapi sebab apa? Sebab pergolakan kat Mesir dan negara-negar utama yang membekalkan minyak. Tapi kena sedar jugalah, harga minyak yang naik bukan semua. Cuma RON97 sahaja. Minyak untuk kereta yang mahal dan ber cc besar. Kereta saga masih pakail RON95 yang masih berharga sama. Naik pun, masih sedikit. Sepuluh sen sahaja. Berpadalah. Dah tahu minyak mahal, banyak cara efisen untuk mengurangkan penjimatan minyak. Ini tak, lepas bongol tekan minyak laju-laju. Emduain brek mengejut sebab depan bonggol lagi. Padan muka. Alhamdulillah, minyak saga comel saya tu isi penuh RM50 boleh jalan sampai 400km. hampir bersamaan dengan 10 hari pergi dan balik kerja. Ada orang sanggup ikut jalan jauh sebab tak mahu kena tol. Kalau dah jalan jauh tak jam, tak apa lah. Tapi jalan jauh jam, minyak pun makan parah juga. Pi mai pi mai tang tu juga. Kadar tol tak berubah, tapi minyak boleh naik harga kan.

Kalau shopping saya akan senaraikan apa yang nak dibeli. Letak harga sekali. Biar sedar mahal sungguh barang yang nak dibeli tu. agak-agak perlu tak? Kalau dapat yg lagi murah, satu bonus. Biarkan kertas tu cukup-cukup muat je, nanti tak la ada tangan yang gatal menambah barang lagi. Buat total. Bila bayar nanti, kalau terlebih, check la details dalam slip tu. kalau lebih murah, boleh datang lagi. ^_^

Wednesday, March 9, 2011

Paku dan Kayu

Pernah baca Chicken Soup for Teeen, Soul or Life? Ada banyak versi Chicken Soup. Untuk keagamaan, untuk kehidupan. Ketika zaman muda remaja, saya banyak baca Chicken Soup. Tak kira dalam bahasa inggeris atau Melayu. Saya rasa Chicken Soup banyak mempengaruhi kehidupan saya. Saya meletakkan prinsip, berdasarkan Chicken Soup yang saya baca dan ‘hadam’. Paling saya hargai adalah cerita tentang ‘Paku dan kayu’.

Ada seorang budak yang baran. Sangat pemarah. Bila-bila nak marah, dia akan maki sesiapa sahaja tanpa peduli perasaan orang lain. Bila dah ok, dia akan meminta maaf. Dengan harapan keadaan akan kembali ke sedia kala.

Suatu hari ibunya memberi nya paku dan sebatang kayu beroti. Kata ibunya, bila-bila dia marah, jangan dilepaskan kepada orang lain yang tak bersalah, mahupun yang bersalah. ibu nak awak ketuk paku ni puas-puas ke dalam beroti yang ibu sediakan. Begitulah yang dibuat oleh budak baran tersebut. Sampai lah pakunya habis dan dia tidak marah lagi. Ibunya kata, bagus. Awak tak lepaskan marah pada orang. Sekarang mari kita cabut paku-paku tersebut. Selesai cabut paku tersebut, terlihat banyak lubang-lubang yang dalam dan kasar pada beroti tersebut.

Kata ibunya, lihat, inilah kesan amarah awak kepada orang yang awak lemparkan kemarahan. Walau awak memberi ucapan maaf atau memujuk atau membiarkan mengukut edaran masa, lukanya tetap ada. Lukanya tetap dalam dan kesan parut akan kemarahan tersebut tidak akan hilang.

Saya dulu seorang yang baran dan perengus. Tanyalah pada ibu bapa saya. Mungkin penangan sebagai ‘anak guru besar’ membuatkan saya sangat mengada-ngada. Saya pernah sepak kawan sekolah saya ketika darjah 4. Saya pernak lempang kawan sekelas ketika form 1 di MRSM MZMS. Hanya kerana diorang ganggu saya membuat kerja sekolah.

Kemudian, saya dihidangkan dengan cerita-cerita Chicken Soup. Paku dan kayu adalah yang paling terpahat dihati. Baru saya sedar, saya tak boleh ikut baran saya seorang. Saya tak boleh marah orang yang tidak bersalah. saya tidak boleh moody kepada orang yang tidak sepatutnya. Sebab lukanya tidak akan sembuh. Orang akan ingat apa yang kita pernah buat. sebab itu, sedaya upaya saya cuba senyum dan bergelak ketawa dengan orang lain, walau baru sebentar tadi saya geram sangat dengan seseorang. Saya tak nak ada orang lain terluka kerana saya.

Sunday, March 6, 2011

Dream High



Drama terbaru yang saya tengah hadap di KBS World sekarang. Dah nak habis pun. Setakat entry ini di tulis, dah sampai episod 11. Tapi di KBS Korea, dah tamat pun. Seboleh-bolehnya cuba untuk tidak peak kat internet. Hehe. Rasa suka bila ternanti-nanti apa yang akan terjadi.


Dream High, kata orang kisahnya macam Glee versi Korea. Ada sekolah seni, Kirin Art School yang mana hanya mengambil mereka yang betul-betul talent untuk jadi pelajar. Kemudian akan ada entertainment agency untuk pilih mana-mana dari mereka untuk debut jadi artis. Ada tiga pelajar yang kemasukkannya adalah berdasarkan kredit dari ex-principal yang mana dibenci oleh current principle. Tiga pelajar yang tidak tahu diri mereka berbakat besar. Jing Guk (Taec yoon, 2PM), Hye Mi (Suzy, Miss A) dan Sam Dong. Kemudian ada Pil Suk (IU yang comel GILE) yang suara best gila, tapi gemuk gila juga. So, semua kena masuk ‘ordinary track class’. Class yang tak boleh perform dance, sing or what ever berkenaan dengan art. Tapi Cikgu Kang memang happening, collobarate dengan cikgu JYP, so dorang boleh berlatih di luar tanpa kena tangkap.


Cerita ni menarik sebab bukan typical cerita cinta Korea. Tak banyak pun kisah cinta, Cuma cinta Sam Dong kepada Hye Mi yang nak kat Jing Guk. Yang lain lebih kepada self esteem, team building, challenge dalam entertainment. Kita boleh tengok reality bagaimana entertainer Korea survive di sana. Bukan bergantung kepada rupa semata-mata. Semuanya kena bekerja keras untuk terus hidup. Dalam group, tidak semua ahlinya jadi demand untuk perform/ interview atau CF. kalau tiada persona, memang susah nak naik.


Sukanya cerita Korea, ia mengajar bahawa, hati bersih akan dapat balasan yang baik. Walau pada awalnya mungkin ada hasad dengki, tapi kalau sedar apa yang dibuat tu salah dan berusaha untuk jadi yang lebih baik, tiada masalah.

Saturday, March 5, 2011

Andai ada sesuatu berlaku dalam kehidupan, semuanya ada ‘share’ masing-masing

Saya nak berkongsi satu cerita. Bukan untuk menakutkan atau mengugut sesiapa. Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan juga kawan-kawan yang lain.

Beberapa tahun yang lalu saya ada terbaca satu surat di satu ruangan (lupa ruangan apa), di surat khabar Mingguan. Surat itu ditulis oleh seorang ibu kepada 3 orang anak yang cacat pendengaran dan penglihatan.

Mulanya dia menerima dengan redha dengan anak pertama yang cacat pendengaran, kemudian cacat penglihatan. Namun kelahiran anak ketiga yang juga menghadapi masalah yang sama membuat dia snagat sedih. Lantas semasa dia di Makkah, dia terjumpa seorang pakcik yang menegur kenapa dia sangat sugul. Ibu tersebut menceritakn betapa sedihnya dia bila anak-anak nya pulang dari sekolah bercerita tentang mereka di ejek dna dicerca kerana kecacatan mereka. Pakcik tersebut meminta dia berfikir kembali apa yang pernah dia lakukan ketika zaman muda remaja.

Lantas ibu tersebut teringat dengan apa yang dia lakukan ketika dia di zaman Universiti. Dia tinggal serumah dengan 6 orang gadis lain. Mereka selalu bersama, namun terdapat lagi 2 orang gadis yang selalu menghilangkan diri bila malam. Tiap-tiap malam, seusai habis kelas atau makan malam mereka apsti hilang. si ibu ini dan kawan-kawan nya adalah anak orang berada, jadi kehidupannya tidakmerasa susah dan tidak kenal pun erti susah. Mereka pun mengikut dan cuba mengintai 2 gadis tersebut. Mereka dapat tahu 2 gadis tersebut bekerja di kedai dobi sepanjang malam untuk menampung hdup di Universiti. Si Ibu dan kawan-kawan ni sangat-sangat merasakan perkara tersebut suatu yang kelakar lantas menyebarkan kepada umum bahawa 2 gadis tersebut bekerja sebagai pekerja dobi. Sunggguh malu 2 gadis tersebut sebab semua orang memandang rendah kepada mereka. Mereka juga amat malu sampai mengambil keputusan untuk pindah rumah. Sebelum pindah, mereka sempat cakap, nanti kau akan rasa macam mana dimalukan. Masa berganti. Si ibu grad, bekerja dan berkahwin.

Dan lahirlah anak-anak yang tidak sempurna deria nya. Barulah si Ibu rasa begaimana rasanya dihina dan dicerca serta dimalukan sepanjang hidup, sepertimana yang dilalui oleh 2 gadis tersebut, begitulah yang dirasai oleh anak-anaknya.

Dalam surat tersbuka tersebut, si ibu menyebut dengan jelas tahun dia belajar, dan nama 2 gadis yang pernah dia malukan untuk memohon maaf dengan apa yang pernah dia lakukan.

Sampai sekarang saya terasa-rasa lagi dengan apa yang saya baca. Besarnya kuasa Allah, dibalas bukan straight kepada si Ibu, tetapi kepada anak-anak.

sebab itu, kalau dalam family saya, sesuatu berlaku, saya akan cakap bukan salah dia. satu keluarga ada ‘share’ masing-masing. Samada Allah nak bagi ujian, atau hukuman terhadap apa yang pernah kita buat. Wallahualam.

Thursday, March 3, 2011

Allah tahu yang terbaik

Allah tahu apa yang terbaik untuk trip kami ke Korea ni. walau sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku, kami redha.
Allah tunjukkan semua masalah di sini. agar tiada masalah di Korea nanti. itulah hikmahnya. andai kerugian yang ditanggung travel agency adalah hak mereka yang sebenarnya, Allah akan pulangkan dengan ganjaran yang lebih besar.
andai hari ini, kita korbank Rm200 untuk keluarga, Allah akan balas dengan limpahan rezeki yang tidak putus.
andai hari ini kita mengakibatkan kerugian pada orang lain RM2000, tidak mustahil kemudian hari Allah akan memberi kerugian yang lebih besar.
saya redha.
p/s: tak sabar tunggu 3 June untuk ke Korea!
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin