Tuesday, February 1, 2011

Trauma

Sudah setahun rupanya tragedi 'pecah rumah pada hari Wilayah' berlaku. Dah setahun. 12 bulan. lamanya. Tapi setiap kali balik dari kerja mesti masih berdebar tengok keaadaan rumah. Takut sangat rumah kena pecah lagi. Takut sangat kot-kot pintu gate dan pintu rumah dah terbuka ketika balik tu.
Walau sudah masuk ke dalam rumah, perasaan takut tu masih ada. cepat-cepat buka lampu dan tengok keadaan rumah, masih elok kah? Takutnya ada orang lain dalam rumah.
Takut bila duduk rumah sensorang, tetiba dengar gate dibuka, cepat-cepat ambil batang kayu belakang pintu dan pegang. Tilik siapa yang datang sebab memang confirm semua tidak akan balik pada waktu itu. Rupanya jiran sebelah. Ces. Bikin gugup.
Pesan mak, amalkan baca ayat ke sembilan dari surah Yassin. Ye, itulah yang saya lakukan setiap kali mengunci pintu rumah dan pagar. dengan doa tambahan ' Ya Allah, rumah ini tempat kami berlindung, tempat kami beribadat kepada Mu, tempat kami menjaga kehormatan kami. pelihara lah ia sepertimana Kau perlihara kami'. Dengan itu, saya melangkah pergi kerja dengan yakin. yakin Allah menjaganya.
Moga selepas ini tiada lagi insiden tragik begini berlaku.
Bayangkan, ini adalah trauma yang rumahnya kena pecah masuk, dan alhamdulillah tiada apa berlaku. namun, jika trauma hampir dibunuh ? Apa kesannya sepanjang hidup?
Selamat Hari Wilayah dan yeay, hari ni cuti. Selamat bercuti untuk siapa yang 'melantak; cuti dari 29 Jan sampai 6 Feb. Korang memang kejam. huh.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin