Sunday, February 6, 2011

Tips kerja idaman

Masa awal-awal kerja dulu, agak kerap beberapa junior ketika di UIA email dan telefon minta tips untuk dapatkan kerja.
susah sangat ke nak dapat kerja? selalu juga dengar, anak pakcik A tu tak dapat kerja lagi, ambil jurusan bagus. anak makcik B tu tak dapat kerja lagi, dah 3 tahun menganggur.
apa kes?
ada juga pakcik saya bagi resume ex student dia yang dah setahun menganggur. saya ambikla, tapi saya cakap, along cuma letak kat dalam box HR je, dapat ke tak, jangan berharap.
sempatlah belek resume dia. saya dapat rumuskan kenapa dia susah nak dapat kerja.
Pertama, resume memang TOTALLY OUT. ada ke patut, generate dari Jobstreet punya resume? sungguh tak da usaha sendiri buat resume. kalau tak pernah tengok resume, cuba usha kat sini. bukan sahaja orang HR yang tengok resume tu tak layan, saya yang bukan orang HR pun tak rasa nak tengok lebih-lebih. dan hello, awak fresh graduate, tak perlulah resume sampai 3 muka surat. try to compress everything in one single page. nice and neat. pastikan cover letter juga menarik dan terhormat.
Kedua, majoriti company yang ada nama, termasuklah Bank Islam ada standard dalam mengambil pekerja. kami memilih yang ada degree untuk level Officer dan Managerial. Diploma untuk clerical dan teller. jadi pastikan apa yang diminta bersesuaian dengan level of education. minta kerja Bank, haruslah berlandaskan jurusan juga. janganlah jauh sangat larinya.
Ketiga, PNG atau CGPA memainkan peranan yang AMAT PENTING. sangat sukar untuk masuk Bank kalau pointer bawah 3.00. kalau bawah 3.00 pun, sekadar 2.75, itu pan mesti ada pengalaman kerja yang setaraf dengan Bank. jadi, pastikan pointer bagus. janganlah belajar bagai nak rak 4 tahun, 2.5 je dapat? huh.
untuk yang fresh graduate, semua di atas memang sangat penting. lain-lain, pastikan contact number betul. pengalaman, Ain punya resume tersalah letak nombor telefon. sepatutnta 019, jadi 012. bila saya tengok, baru tahu salah. bila dah betulkan, dapatlak kerja di Bank Islam, alhamdulillah. doa dan tawakal amat penting selepas semuanya dah selesai. azam di hati, nak kerja elok untuk bantu keluarga. dan pastikan azam itu di buat seusai berjaya dapat kerja.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin