Tuesday, February 8, 2011

saya dah cukup umur sebenarnya

seronoknya bila kita yang berumur 27 tahun orang sangkakan masih belajar di Uni. huhu.
sebab?
  • rasa muda belia lagi..
  • 'adik masih belajar, abang bagi harga student la'..
  • masih ada orang nak mengorat
  • kalau kena tahan ngan polis sebab speed, polis bagi kelonggaran sebab ingatakn student. suke.
tapi adakalanya sungguh rasa menyampah bila orang orang ingat saya masih berumur awal 20 an. sebab?
  • bila masuk kedai branded sikit macam carlo Rino, tanya pasal bag, memang sales girl/boy tak layan la. cis. ingat saya budak kecik, tak da duit? huh. sedih.
  • bila jalan kat Mall, ada orang jual kredit kad, diorang akan offer kat Ema, ok. bukan kat saya. cis.
  • bila beli tiket untuk 18tahun ke atas, berkali-kali budak pawagam ingatkan untuk 18 tahun ke atas je tau. bongek.
  • pendapat sukar diterima sebab rasa masih muda, dan tak layak bagi nasihat. huh?
kata Ema, sebab cara saya berpakaian menampakkan saya masih budak tak cukup umur. jeans and t-shirt. ok la tu. takkan saya kena pakai blouse untuk menunjukkan, 'hei saya dah berumur hampir 30 tahun'. huhu. rasanya, walau dah kawin nanti, saya masih mahu pakai t-shirrt Diesel hehe. cool apa.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin