Saturday, February 26, 2011

Samsung Galaxy S



Dirumuskan cerita, akhirnya saya berjaya memiliki Samsung Galaxy S- i9000. Gila best punya gadget. Huhu. Memang berbaloi. Saya ambil yang internal 8GB, dan external 8GB. Jumlah memory, 16GB. Memang happening.


Apa yang best sangat? Ok, untuk FULL SPECIFICATIONS, klik sini. Malas juga nak cerita panjang lebar. Tapi extra features, mari kita explore.


Ianya Android. Apa itu Android? Klik sini juga.


Dalam Galaxy S ni ada Android Market. Macam pasar yang boleh kita beli macam-macam. Ada yang free, ada yang berbayar, ada yang trial, ada yang permenant.


Search sahaja. Korean Dictionary, Games, Converter, Kaji Cuaca, Azan, bacaan surah, semuanya ada dan memang best. Yang penting kena ada unlimited connection internet. Pakej DIGI paling best. Nanti kita cerita di keluaran akan datang. Heee.



Galaxy S dalam kategory SmartPhone. Macam HTC, Blackberry. Tapi bagi saya, jauh sangat bestnya.


HTC dan Blackberry lebih kepada profesional user. Macam untuk link email. Agak kecil. Untuk nampak gah. Yelah, bila reply email opis guna Blackberry, akan ada tulis, via Blackberry. Bila update Facebook, ada lambang Blackberry. Walau Galaxy S tak la cakap, via Galaxy S, lebih best, akan tertulis, via Android. Amacam? Lagi klas kan? Kalau setakat Balckberry, tapi bukan Android, isk, tak mengancam pun.


Galaxy S, bentuknya slick, nipis, ringan dan stylish. Skrinnya besar. Sama besar dengan Ipod Touch/ atau lagi besar kot. Tengok MV, memang puas hati. Boleh nampak semua details dalam MV tersebut. Lebih nipis dan ringan dari Iphone4. Boleh buat video call kepada semua handphone, tidak terhad kepada Samsung sahaja (tak la kedekut macam Iphone4, kan). Boleh guna kamera depan, dengan syarat kena daownload aplikasi tersendiri.


Kamera 5mpx. Walau 5mpx, gambarnya cantik, macam 12 mpx. Cuma tak berapa best, tak da flash. Tapi masih cun bila guna night mode.


Texting message. Ada satu skrin khas untuk taip. Kalau risau jari besar gedabak, make it horizontal. Huh. Besar dapat keypad. Yang bestnya Samsung ni, texting message akan jadi dalam bentuk conversation. Macam ni: . so, tak da masalah la kalau tetiba kita pelik kenapa kawan kita reply begitu dan begini. Sebab dalam list conversation dah ada simpan apa yang kita texting selama ini. Conversation ni mampu menyimpan sebanyak 200 coversation. Tak perlu bother untuk simpan message atau delete. Ia akan auto delete bila dah lebih dari 200 conversation. Lagipun, seramai mana la kita nak ber texting kan?


Kemudian, mari kita tengok Gallery. Memang best cara Gaalxy S simpan gambar dan MV. Ia akan bergerak mengikut cara kita memegang handphone. Menegak, melintang atau menyeget? Semua boleh cater. Memang cun. Cuma guna jari sahaja. Tap sana, tap sini.


Skrin depan nya boleh di tambah, dibuang page nya. Mahu skrin depan sampai 6 page? Boleh sahaja. Tambah. Mahu jadi 1 sahaja, pun boleh dibuang selebihnya.



p/s: masih seronok meng explore Galaxy S. hari-hari ada jumpa benda baru yang best.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin