Friday, February 4, 2011

please, on your own effort

sesungguhnya saya makin tak tahan dengan mereka yang selalu mencuba menggunakan saya untuk mendapatkan sesuatu. huh.
ye, saya kerja ngan Bank Islam. alhamdulillah saya dah kerja dekat 4 tahun. dengan usaha sendiri dan (izin Allah), saya dapat kerja ini. rezeki saya disini. dipermudahkan segalanya. kemudian, fasa untuk suaikan diri dan mengkembang kan (secara fizikal dan mental), semua saya sendiri. tanpa pertolongan orang lain!
sampai masa saya dah stabil, mula la orang sekeliling ambil kesempatan.
cuba paksa saya untuk masukkan mereka ke Bank Islam. ingat saya ni General Manager HR? jawapan saya senang, hantarla resume. itu yang saya buat untuk dapat kerja. merengek pula, minta tolonglah usahakan, tanyakan pada mana-mana department yang nak pakai orang. suruh saya mengendeng kat boss, ambik korang kerja. tak da kerja aku! USAHA SENDIRI! saya dah bagi jalan nya, kot kalau saya ambil resume korang pun, saya cuma tolong letak kat dalam kotak kat luar HR je, ok. nak mengendeng, nak ampu bos suh ambik korang kerja, sampai masa korang kerja nanti buat hal, datang lambat, bermasalah, buat malu saya je kemudian hari. walau adik saya pun, saya hanya hantar resume dia kat dalam tong luar HR tu.
dan ye, saya kerja bank. ingat saya boleh luluskan pembiayaan a.k.a financing korang dengan petik jari je? harap maaf, saya tak buat operation. saya buat project dan system. sila rujuk branch. ada pulak, yang dah blacklisted, tapi ada hati minta saya dan Ain tolong adjust. gila ke apa? harap maaf, kami tak reti serong kerja kami. blacklisted, harap maaf. sila cuba bank lain. walau awak makcik atau sepupu kami, sorry naik lori, ok. kalau nak tanya apa kelayakan, apa prosedur, saya boleh bagitau. siap saya boleh bagi nama PFE lagi, walau saya tak dapat pun komisen. namun, untuk cuba meluluskan yang tak layak, tidak sama sekali.
harap maklum.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin