Tuesday, February 15, 2011

Maulidaur Rasul

hari ni kita bercuti.
tahu kenapa kita bercuti hari ini?
menghormati pemimpin kita.
Tahu tarikh kelahiran Nabi dalam kalendar Islam? saya pun tak dapat menjawab dengan betul kalau tak kerana nasyid ini:

Tercipta 1 lembaran sejarah di tanah suci kota mekah,
hari yang mulia penuh sa'adah,
bermulalah sebuah kisah,
malam isnin subuh yang indah,
12 Rabiul Awal yang cerah,
20 april tahun gajah lahirlah zuriat yang sa'adah,
Muhammad nama diberi,gelaran yang terpuji,
nikmat Illahi sama di syukuri terima putera yang berbakti...

Tercipta 1 lembaran sejarah di tanah suci kota mekah,
hari yang mulia penuh sa'adah,
bermulalah sebuah kisah,
malam isnin subuh yang indah,
12 Rabiul Awal yang cerah
20 april tahun gajah lahirlah zuriat yang sa'adah,
keadaannya yang amat mulia,
lahirnya bawa cahaya,alam derita jadi gembira terima junjungan mulia..

Moga cuti ini tidak sekadar cuti. renung kembali sejarah perjuangan Nabi kita.

untuk warga IT yang menyertai perarakan Maulidur Rasul kebangsaan, tahniah. kalaulah saya boleh join, isk.

p/s: bila tengok Non Muslim bercuti, teringin nak tanya, cuti hari ini sempena apa ye? agak-agak diorang tahu tak?

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin